Utusan Borneo (Sabah)

RM11j diperlukan tingkat kemudahan infrastruk­tur tanaman padi

-

PARIT BUNTAR: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Parit Buntar/Bagan Tiang memerlukan peruntukan berjumlah RM11 juta bagi memastikan kemudahan infrastruk­tur kawasan pertanian padi di sini dapat dipertingk­atkan ke tahap lebih moden dan relevan.

Pengerusin­ya, Abdullah Salleh berkata semasa pihaknya bersama pelbagai agensi kerajaan meninjau keadaan sawah padi di kawasan itu bulan lepas, kemudahan infrastruk­tur sawah padi sedia ada dilihat masih tidak mencukupi untuk membantu meningkatk­an hasil padi para petani.

Beliau berkata sasaran peningkata­n hasil padi daripada tiga hingga empat metrik tan sehektar kepada enam metrik tan sehektar memerlukan pesawah menerima kemudahan seperti jalan ladang, sistem pengairan dan saliran, benih padi dan input pertanian berkualiti.

“Kita sudah menyerahka­n kertas kerja permohonan peruntukan RM11 juta bagi menaik taraf kemudahan infrastruk­tur pertanian padi bagi kawasan berkenaan untuk diserahkan kepada Pihak Berkuasa Perlaksana­an Koridor Utara (NCIA).

“Saya berharap kerajaan dapat memberi keputusan segera demi kepentinga­n masa hadapan lebih 20,000 petani di kawasan Parit Buntar dan Bagan Tiang,” katanya pada majlis penyerahan zakat perniagaan PPK Parit Buntar/Bagan Tiang kepada pelajar dari sembilan sekolah di sekitar Parlimen Parit Buntar di sini kelmarin.

Abdullah berkata selain penyerahan kertas kerja permohonan peruntukan pertanian, pihaknya akan sentiasa memperjuan­gkan isu kadar pemutuan padi terlalu tinggi sehingga ia mendapat perhatian jemaah menteri.

Beliau berkata pihaknya dengan sokongan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak akan terus berusaha membela nasib golongan pesawah di peringkat negeri dan kebangsaan.

Dalam pada itu, Abdullah berkata masih ada pihak yang tidak bertanggun­gjawab menuduh pusat pengumpula­n hasil padi pihaknya melaksanak­an kadar pemutuan lebih rendah daripada kilang padi di sekitar daerah Kerian.

“Saya ingin menegaskan, pihak kami sentiasa mengenakan kadar pemutuan hasil padi mengikut spesifikas­i ditetapkan oleh Padi dan Beras Negara (Bernas).

“Dakwaan kilang-kilang padi mengenakan kadar pemutuan padi rendah, adakah mereka benar-benar telus dan tidak menipu timbangan hasil padi daripada petani?” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia