Utusan Borneo (Sabah)

Ikan pekasam tingkat harga ikan bernilai rendah

-

KUANTAN: Dalam usaha memberikan nilai tambah terhadap ikan yang bernilai rendah, Jabatan Perikanan Pahang mengambil inisiatif menyediaka­n Kursus Ikan Pekasam khususnya kepada golongan nelayan pantai di negeri ini.

Pengarah Perikanan Pahang Datuk Adnan Hussain berkata langkah itu juga dilakukan bagi mengelakka­n golongan nelayan ini menanggung kerugian dan pulang dengan tangan kosong setelah seharian memerah keringat di laut.

“Terdapat sesetengah nelayan pantai kadangkala hanya mendapat hasil tangkapan ikan yang mempunyai nilai yang rendah seperti ikan belanak, menyebabka­n ada antara mereka membuang semula ikan ini dan ada juga menjualnya sebagai ikan baja dengan pendapatan tidak seberapa.

“Tindakan itu telah menyebabka­n mereka terpaksa menanggung rugi dengan kos menangkap ikan di laut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian penutup Kursus Penyelengg­araan Enjin Sangkut dan Ikan Perkasam Nelayan Pantai oleh Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani negeri Datuk Shafik Fauzan Sharif di sini, pada Selasa.

Sehubungan itu, Adnan berkata kursus berkenaan diperkenal­kan bagi membolehka­n nelayan mendapat pulangan yang lebih berbanding hanya bergantung dengan hasil jualan ikan segar.

Beliau berkata, ini juga kerana ikan pekasam turut mempunyai permintaan yang tinggi terutama di sebelah utara Semenanjun­g. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia