Utusan Borneo (Sabah)

Barat tumpaskan Pedalaman 1-0

Perlawanan pembukaan Kejohanan Bola Sepak MSS Negeri Sabah

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Pasukan MSS Barat menang tipis 10 ke atas pasukan MSS Pedalaman sempena perlawanan pembukaan Kejohanana­n Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah (MSS) Peringkat Negeri Sabah yang berlangsun­g 4 hingga 8 Julai ini.

Jaringan tunggal kemenangan pasukan Barat dihasilkan menerusi sepakan pinelti Johan Mansur iaitu pemain dari SM. All Saints Kota Kinabalu.

Kejohanan berlangsun­g di tiga venue berasingan iaitu di padang SMK Lohan bagi kategori bawah 15 tahun, di padang SMK Mat Salleh (bawah 12 tahun) dan padang KompleksSu-kanRanauun­tuk kategori bawah 18 tahun, di mana majlis perasmian disempurna­kan oleh Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Karanaan Haji Jahidin Lumat.

Sebelum itu Ketua Pegawai Pendidikan Daerah yang juga pengerusi jawatankua­sa kerja kejohanan Siti Hamni Hashim berkata, kejohanan terbahagi kepada tiga kategori iaitu bawah 12 tahun, 15 tahun dan 18 tahun.

Katanya, sebanyak enam pasukan MSS Bahagian (MSSB) menyertai iaitu MSSB Tenggara, MSSB Utara, MSSB Sandakan, MSSB Selatan, MSSB Pedalaman dan MSSB Barat selaku tuan rumah kejohanan pada tahun ini.

“Kita bertekad cuba mengendali­kan kejohanan ini dengan cara yang terbaik di mana ianya julungkali­nya diadakan di daerah ini,” jelasnya.

Siti Hamni mengharapk­an jawatankua­sa dan para pegawai sukan yang dilantik agar bermuafaka­t dan bekerjasam­a bagi memastikan kejohanan mencapai objektifny­a.

“Kejohanan itu akan dijadikan sebagai medan pemilihan pemain berpotensi yang boleh diserapkan dalam pasukan yang bakal mewakii MSS Negeri Sabah ke Kejohanan Bola Sepak MSSM peringkat kebangsaan di Pahang pada Ogos depan,” katanya.

Sementara itu Jahidin dalam ucapannya memuji komitmen MSS Negeri Sabah kerana berjaya menganjurk­an kejohanan seumpama itu setiap tahun sebagai antara inisiatif dan wadah mengasah serta mencungkil bakat para pelajar sekolah dalam bidang sukan bola sepak.

Katanya, bola sepak merupakan antara permainan yang diminati semua golongan umur termasuk kanak-kanak sama ada di peringkat desa, pekan, bandar, negeri, kebangsaan dan antarabang­sa.

“Kita mengharapk­an menerusi kejohanan ini, akan dapat melahirkan ramai pemain bola sepak yang berpotensi bagi mewakili negeri ke kejohanan lebih mencabar bukan sahaja mewakili negeri ke peringkat kebangsaan malah mewakili negara ke peringkat antarabang­sa kelak,”jelasnya.

Beliau merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan negeri Sabah (JPNS) kerana memberi kepercayaa­n kepada PPD Ranau sebagai tuan rumah pengelola kejohanan pada tahun ini.

Majlis perasmian turut dihadiri para wakil PPD dari enam daerah mengambil bahagian, para pengetua, guru-guru besar, para penyelia PPD Ranau bersama ratusan penduduk dari pelbagai lapisan masyarakat.

Kita bertekad cuba mengendali­kan kejohanan ini dengan cara yang terbaik di mana ianya julungkali­nya diadakan di daerah ini. SITI HAMNI HASHIM Ketua Pegawai Pendidikan Daerah

 ??  ?? JAHIDIN diiringi Siti Hamni dan AJK yang lain untuk diperkenal­kan kepada para pemain pasukan Pedalaman dan pasukan Barat.
JAHIDIN diiringi Siti Hamni dan AJK yang lain untuk diperkenal­kan kepada para pemain pasukan Pedalaman dan pasukan Barat.
 ??  ?? JAHIDIN menendang bola sebagai gimik perasmian dan memulakan pertemuan antara pasukan MSS Barat dan MSS Pedalaman.
JAHIDIN menendang bola sebagai gimik perasmian dan memulakan pertemuan antara pasukan MSS Barat dan MSS Pedalaman.
 ??  ?? PERTUKARAN cenderamat­a antara ketua pasukan Barat (kanan) dan ketua pasukan MSS Pedalaman diperhatik­an para pengadil.
PERTUKARAN cenderamat­a antara ketua pasukan Barat (kanan) dan ketua pasukan MSS Pedalaman diperhatik­an para pengadil.
 ??  ?? SEBAHAGIAN penonton dan para penyokong pasukan masing-masing.
SEBAHAGIAN penonton dan para penyokong pasukan masing-masing.
 ??  ?? JAWATANKUA­SA penganjur dan para petugas merakam gambar bersama Jahidin.
JAWATANKUA­SA penganjur dan para petugas merakam gambar bersama Jahidin.
 ??  ?? PARA pemain bersama simpanan pasukan MSS Pedalaman.
PARA pemain bersama simpanan pasukan MSS Pedalaman.
 ??  ?? BARISAN pemain pasukan MSS Barat.
BARISAN pemain pasukan MSS Barat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia