Utusan Borneo (Sabah)

Hanzallah juara Golf `Big Hole’ 2017

-

KOTA KINABALU: Mohd Hanzallah Abdullah beraksi cemerlang menjuarai Pertanding­an Golf `Big Hole’ 2017 yang berlangsun­g di Dalit Bay Golf and Country Club (DBGCC), Tuaran baru-baru ini.

Bagaimanap­un, pemain itu terpaksa melalui Kiraan Semula (OCB) selepas catatan 41 mata menerusi format Sistem 36 Stableford itu berjaya disamai oleh Leduin Jordan Mobijohn yang terpaksa berpuas hati muncul selaku naib johan.

Tempat ketiga disandang oleh pemain tidak asing lagi Abdon Nasir Ambikin yang mencatat 40 mata untuk mengatasi tiga pemain lain lagi pada kedudukan seterusnya dengan kelebihan satu mata.

Selepas OCB, pemenang tempat keempat hingga keenam masing-masing disandang oleh Jacklin Johannes, Jackson Gamalid dan Roshidi Abd Rahman selepas masing-masing mencatat 39 mata.

Manakala empat pemain yang mencatat 38 mata untuk menempatka­n diri dalam kelompok 10 pemain terbaik, menyaksika­n pemenang tempat ketujuh dan seterusnya masing-masing disandang oleh Paunggin Ransoi, Abd Rahman Othman, Flavius Ongkili dan Dominic Minci selepas melalui OCB.

Golf Big Hole merupakan pertandin-ganyang unik dan merupakan satu-satunya pertanding­an lubang golf besar di Borneo.

Jika lubang golf biasa ialah pada ukuran diameter 4.25 inci, lubang untuk Golf Big Hole ini ialah sebesar 8 inci.

Selain itu, kelainan Golf Big Hole ialah semasa pertanding­an berlangsun­g, Pin Lubang kekal terpacak sehingga ke tolakan terakhir, tidak seperti pertanding­an biasa di mana pin akan dicabut apabila kesemua bola telah berada di atas Green.

Majlis penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan oleh Pengarah Golf DBGCC Aaron Johnston dengan disaksikan oleh Pengurus Jualan Golf Edelin Timus.

 ??  ?? MOHD Hanzallah Abdullah (kanan) menerima hadiah daripada Aaron selepas muncul selaku juara.
MOHD Hanzallah Abdullah (kanan) menerima hadiah daripada Aaron selepas muncul selaku juara.
 ??  ?? ANTARA para peserta merakamkan kenangan beramai-ramai sebelum Pertanding­an Golf `Big Hole’ 2017 bermula di Dalit Bay Golf and Country Club (DBGCC), Tuaran baru-baru ini.
ANTARA para peserta merakamkan kenangan beramai-ramai sebelum Pertanding­an Golf `Big Hole’ 2017 bermula di Dalit Bay Golf and Country Club (DBGCC), Tuaran baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia