Utusan Borneo (Sabah)

Chelsea, Roma capai persetujua­n dengan yuran perpindaha­n Rudiger

-

LONDON, England: Kelab juara Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan kelab naib juara Serie A Itali, AS Roma, sudah bersetuju dengan yuran perpindaha­n berjumlah 30.7 juta pound termasuk tambah nilai 3.5 juta untuk Antonio Rudiger.

Pemain antarabang­sa Jerman itu sedang berunding dengan Chelsea untuk satu perpindaha­n.

Chelsea berharap untuk memuktamad­kan perpindaha­n dalam usaha pengurus kelab, Antonio Conte untuk memperkuat­kan barisan pertahanan­nya selepas kecewa dengan kegagalan kelab mendapatka­n beberapa pemain sasaran di awal musim panas.

Kemungkina­n perpindaha­n Rudiger adalah satu perangsang buat kelab selepas Conte gagal mendapatka­n Virgil van Dijk dari Southampto­n dan Leonardo Bonucci dari Juventus.

Rudger, yang memainkan peranan penting ketika Jerman memenangi Piala Konfederas­i di Rusia baru-baru ini, juga mahu meninggalk­an Serie A selepas berdepan dengan cemuhan perkauman pada musim lalu.

Beliau menerima cemuhan perkauman dari penyokong Lazio pada bulan Mac dengan satu pengumuman meminta semua pihak untuk bertenang dan tidak mengeluark­an kata-kata perkauman.

Pada bulan Disember tahun lepas, pemain pertahanan kiri Lazio, Senad Lulic membangkit­kan kemarahan apabila mengeluark­an kata-kata perkauman ke atas Rudiger selepas Roma menang 2-0.

Lazio terpaksa meminta maaf di atas komen Lulic ketika itu tetapi Rudiger berasa kecewa kerana sentiasa menjadi sasaran. Sekarang beliau mahu berpindah ke England.

Conte cukup mengenali Rudiger ketika menjadi pengurus Juventus dan mahukan seorang pemain pertahanan tengah yang boleh juga beraksi di pertahanan kanan.

Chelsea masih bergelut untuk mencapai persetujua­n dengan Juventus untuk mendapatka­n Alex Sandro dan ada juga bertanya tentang pemain pertahanan Real Madrid, Danilo. — Reuters

 ??  ?? RUDIGER (belakang) mengasak penyerang Mexico, Javier Hernandez ketika bersaing pada perlawanan separuh akhir Piala Konfederas­i 2017 di Stadium Fisht, Rusia pada 29 Jun lepas.
RUDIGER (belakang) mengasak penyerang Mexico, Javier Hernandez ketika bersaing pada perlawanan separuh akhir Piala Konfederas­i 2017 di Stadium Fisht, Rusia pada 29 Jun lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia