Utusan Borneo (Sabah)

JDT, Kedah catat kemenangan sulung

Piala Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) antara pasukan beraksi cemerlang apabila mencatat kemenangan setelah menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan sulung Piala Malaysia, malam ini.

JDT memanfaatk­an kelebihan beraksi di gelanggang sendiri di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, apabila menjinakka­n Sarawak 40 hasil jaringan pemain pertahanan dari Brazil, Marcos Antonio pada minit ke-11, sebelum penyerang berbisa dari Argentina Gabriel Guerra menyumbat dua gol pada minit ke-26 dan 73 serta jaringan Natxo Insa pada minit ke-84 bagi melengkapk­an kemenangan bergaya skuad Harimau Selatan.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah menewaskan Melaka United 2-0 menerusi jaringan penyerang import dari Brazil, Sandro da Silva (minit ke-29) dan ‘ayam tambatan’ skuad Helang Merah, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-63.

T-Team pula gagal mengambil kesempatan beraksi di tempat sendiri di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, apabila dikejutkan 1-2 oleh pasukan Liga Perdana, PKNP hasil jaringan Muhammad Shahrel Fikri pada minit ke-22 dan 51, manakala gol ‘The Titan’ dijaringka­n Mohamadou Samassa (minit ke-50).

Di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menumpaska­n UiTM FC 3-1 dengan Khairul Izuan Rosli menjadi wira The Red Warriors apabila menyumbat dua gol pada minit ke-41 dan 62, sebelum Abou Bakr Al Mel menambah jaringan pada lewat permainan.

Gol sagu hati UiTM FC dijaringka­n penyerang dari Nigeria, Akanni-Sunday Wasiu pada minit ke-51.

Pada aksi di Stadium Perak, Ipoh, pasukan tuan rumah Perak menewaskan PKNS 2-0 hasil jaringan pemain import dari Brazil, Thiago Junior pada minit ke71 dan Gilmar da Silva (minit ke-79) untuk memastikan tiga mata berharga menjadi milik The Bos Gaurus.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang seri 2-2 berdepan Negeri Sembilan yang menyaksika­n kedua-dua pasukan sekadar berkongsi satu mata.

Gol Pahang dijaringka­n penyerang prolifik dari Brazil, Matheus Alves L ean dr o pada minit ke -58 dan 63 manakala jaringan Negeri Sembilan disempurna­kan Desire William Behe (minit ke-43) dan Lee Andrew Tuck (minit ke-76).

Pada aksi di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Felda United gagal mengutip tiga mata penuh apabila seri 00 menetang pasukan Liga Perdana, Kuala Lumpur.

Selangor turut mencatat keputusan seri setelah terikat 1-1 berdepan Terengganu pada perlawanan yang berlangsun­g di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang. Gol The Red Giant dijaringka­n Rufino Segovia pada minit ke43 manakala gol pasukan pelawat menerusi Issey Nakajima (minit ke-64). -Bernama

JDT memanfaatk­an kelebihan beraksi di gelanggang sendiri di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, apabila menjinakka­n Sarawak 4-0 hasil jaringan pemain pertahanan dari Brazil, Marcos Antonio pada minit ke-11, sebelum penyerang berbisa dari Argentina Gabriel Guerra menyumbat dua gol pada minit ke-26 dan 73 serta jaringan Natxo Insa pada minit ke-84 bagi melengkapk­an kemenangan bergaya skuad Harimau Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia