Utusan Borneo (Sabah)

Jurulatih tagih pemain muda kurangkan kesilapan di atas padang

-

ALOR SETAR: Pengendali skuad Helang Merah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff mengakui pemain mudanya masih perlukan banyak pendedahan di atas padang selepas mengharung­i dua perlawanan di laman sendiri dalam menggalas tanggungja­wab pemain utama yang mengalami kecederaan.

Meskipun meraih kemenangan 2-0 ke atas Melaka United malam tadi di Stadium Darulaman di sini dalam saingan Kumpulan C Piala Malaysia 2017, Mohd Nidzam Adzha menjelaska­n masih ada kesilapan yang dilakukan mereka ketika tertekan.

“Ada beberapa situasi yang pemain muda perlu membuat keputusan dengan tepat dan cepat terutama dalam keadaan tertekan. Bagaimanap­un, saya percaya pretasi mereka akan meningkat dalam perlawanan yang akan datang,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan malam tadi itu, Mohd Nidzam Adzha menjelaska­n skuad bimbingann­ya itu bernasib baik kerana tidak dihukum oleh Melaka atas beberapa kesilapan dan kelalaian yang dilakukan pemainnya.

“Kita masih melakukan kesilapan di bahagian pertahanan dan cukup bernasib baik kerana tidak dihukum oleh Melaka terutama pada babak-babak akhir perlawanan. Jika tidak, sudah tentu akan kehilangan dua mata,” jelasnya.

Beliau berkata, bukan semua pemain yang diturunkan ketika perlawanan semalam berada pada tahap kecergasan 100 peratus.

“Badrol Bakhtiar yang diturunkan juga belum cergas sepenuhnya dan kemampuann­ya untuk bermain selama 60 minit sudah cukup membantu pasukan. Untuk perlawanan seterusnya, saya yakin prestasiny­a akan meningkat.

“Bagi Syafiq Ahmad pula, kita akan gunakan sebaik mungkin khidmatnya sebagai penyerang kerana hanya dia yang ada di posisi itu. Saya berpuas hati dengan prestasiny­a walaupun dia tidak menjaringk­an gol,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia