Utusan Borneo (Sabah)

Federer dan Djokovic terima laluan percuma

-

LONDON, England: Roger Federer dan Novak Djokovic tidak kelihatan bersusah payah untuk meneruskan kemaraan pada kejohanan Wimbledon ketika pencabar mereka menarik diri kerana kecederaan dan menjejaska­n sedikit aksi pusingan pertama Selasa lepas.

Federer memburu satu rekod kejuaraan Wimbledon kelapan dan beliau sudah beraksi dengan baik pada perlawanan pertama penampilan ke-19 di Wimbledon apabila lawannya, Alexandr Dolgopolov menarik diri kerana kecederaan buku lali.

Pemain ranking ketiga dunia dari Switzerlan­d itu mendahului 6-3 dan 3-0 sebelum pemain dari Ukraine menarik diri kerana kecederaan.

Federer, yang melakukan pukulan servis kencang ke10,000 dalam kerjayanya, akan bertemu Dusan Lajovic di pusingan kedua.

“Saya merasakan ada sedikit kekecewaan buat penonton. Mereka tidak percaya ia berlaku lagi, satu situasi yang hampir sama,” kata Federer, yang mencipta kemenangan ke-85 di Wimbledon untuk melepasi rekod yang dikongsi bersama dengan Jimmy Connors.

“Pengerusi berkata, ‘anda dan Novak seharusnya bermain untuk satu lagi set’. Saya bersimpati dengan penonton. Mereka datang untuk menyaksika­n aksi yang menarik.”

Selepas memenangi kejuaraan Terbuka Australia pada bulan Januari sebelum berehat sepanjang musim di permukaan tanah liat, Federer, membuat penampilan ke-70 pada kejohanan Grand Slam, menjadi pilihan untuk muncul juara buat kali pertama di Wimbledon sejak 2012.

“Semua orang mempunyai peluang untuk memenangi Wimbledon dan bagi saya, ia tiada bezan ya. Saya sudah mencapai impian saya untuk kembali beraksi di sini. Sekarang kita akan lihat sejauh mana saya dapat melangkah,” kata Federer.

Djokovic, juara tiga kali di Wimbledon, mendahului 6-3 dan 2-0 apabila lawannya, Martin Klizan dari Slovakia, menarik diri kerana kecederaan betis.

Pemain berusia 30 tahun dari Serbia itu akan menentang Adam Pavlasek dari Republik Czech.

Ia adalah kemenangan yang diharapkan oleh Djokovic selepas satu tempoh yang sukar dalam kerjayanya di mana beliau tewas di pusingan kedua Terbuka Australia dan di suku akhir Terbuka Perancis. Secara ada tujuh pemain menarik diri dalam bahagian lelaki pada dua hari pertama, membangkit­kan perdebatan tentang pemain hanya bermain untuk menerima wang penampilan 35,000 pound pada pusingan pertama.

Janko Tipsarevic dari Serbia, juga menarik diri selepas ketinggala­n –5 kepada Jared Donaldson kerana kecederaan.

Dengan juara bertahan bahagian wanita, Serena Williams tidak beraksi kerana hamil anak pertama, saingan bahagian wanita adalah paling terbuka dalam satu generasi.

Pemain nombor satu dunia, Angelique Kerber, juara Terbuka Australia dan Terbuka Amerika 2016 adalah antara pilihan untuk muncul juara selepas pernah melangkah ke final tahun lepas di mana beliau tewas kepada Serena.

Pemain dari Jerman itu bagaimanap­un gagal mengekalka­n prestasi baik musim ini dan pencapaian buruk beliau sampai ke kemuncak apabila tewas di pusingan pertama Terbuka Perancis bulan lepas.

Tetapi pemain pilihan pertama kejohanan itu menewaskan pemain kelayakan dari Amerika Syarikat (AS), Irina Falconi 6-4 dan 6-4.

Milos Raonic, naib juara tahun lepas, melangkah ke pusingan kedua dengan menewaskan 7-6 (7/5), 6-2 dan 7-6 (7/4) ke atas Jan-Lennard Struff.

Pada perlawanan lain, Juan Martin del Potro, menewaskan Thanasi Kokkinakis dari Australia 6-3, 3-6 dan 7-6(7/2).

Pemain pilihan ke-22 dari Perancis, Richard Gasquet, tewas 6-3, 6-4, 5-7 dan 6-2 kepada David Ferrer dari Sepanyol.

Dominic Thiem, pemain pilihan kelapan dari Austria, menewaskan Vasek Pospisil 6-4, 6-4 dan 6-3 sementara naib juara 2010, Tomas Berdych menewaskan Jeremy Chardy 6-3, 3-6, 7-6(7/4) dan 6-4.

Dalam bahagian wanita, Karolina Pliskova menewaskan Evgeniya Rodina 6-1 dan 6-4.

Bekas pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki, menewaskan Timea Babos 6-4, 4-6 dan 6-1. — AFP

 ??  ?? keseluruha­nnya, DJOKOVIC bersedia untuk melakukan pukulan servis ketika beraksi pada pusingan pertama kejohanan Wimbledon di Kelab Seluruh England, London Selasa lepas. — Gambar Reuters
keseluruha­nnya, DJOKOVIC bersedia untuk melakukan pukulan servis ketika beraksi pada pusingan pertama kejohanan Wimbledon di Kelab Seluruh England, London Selasa lepas. — Gambar Reuters
 ?? — Gambar Reuters ?? DOLGOPOLOV terpaksa menarik diri pada pusingan pertama menentang Federer akibat kecederaan di Kelab Seluruh England, London Selasa lepas.
— Gambar Reuters DOLGOPOLOV terpaksa menarik diri pada pusingan pertama menentang Federer akibat kecederaan di Kelab Seluruh England, London Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia