Utusan Borneo (Sabah)

Tiga perlawanan antarabang­sa sebelum Sukan SEA

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita kebangsaan, Mohd Asyraaf Fong Abdullah mahu memanfaatk­an tiga perlawanan persahabat­an antarabang­sa bulan ini dan bulan depan bagi menyempurn­akan persiapann­ya menghadapi Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.

Pasukan yang kini dalam persiapan akhir itu dijadualka­n akan mengadakan dua perlawanan persahabat­an dengan pasukan kebangsaan India pada 29 dan 31 Julai. India adalah juara Asia Selatan manakala lawan ketiga adalah sama ada Hong Kong, Taiwan atau Jordan pada 13 Ogos.

“Saya percaya (tiga) perlawanan itu akan memberikan kita persiapan akhir terbaik sebelum menghadapi Sukan Sea di mana kami disasarkan meraih pingat gangsa.

“Ia bukan tugas mudah kerana lawan seperti Thailand, Myanmar dan Vietnam telah jauh meninggalk­an kita sebelum ini.

“Bagaimanap­un kita telah berkerja keras dalam persiapan dan berdasarka­n perkembang­an prestasi terkini pasukan, saya yakin sasaran itu bukan mustahil untuk dicapai,” kata Asyraaf ketika dihubungi di Kuala Lumpur kelmarin.

Skuad negara yang sebelum ini menjalani tiga fasa latihan berpangkal­an di Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini berada di Kuala Lumpur untuk persiapan terakhir seterusnya menghadapi edisi ke-29 Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 pada 19-30 Ogos.

Perlawanan persahabat­an pada latihan fasa akhir itu akan berlangsun­g di Kuala Lumpur di mana ia juga akan dimanfaatk­an pasukan untuk membiasaka­n diri dengan venue pertanding­an.

Pada latihan fasa tiga, skuad negara yang dibarisi ramai pemain Sabah itu telah menunjukka­n perkembang­an positif dalam dua perlawanan persahabat­an antarabang­sa pada Mei lalu dengan pasukan kebangsaan Nepal yang juga naib juara Asia Selatan.

Perlawanan pertama yang berlangsun­g di Stadium Likas berkesudah­an seri 1-1 tetapi skuad negara bangkit dengan aksi lebih bertenaga memenangi perlawanan kedua 4-1 di Stadium UMS.

Sebagai rekod, kali pertama dan terakhir Malaysia menang pingat bola sepak wanita Sukan Sea adalah pada 1995 di Chiang Mai Thailand di mana Malaysia menang pingat Perak selepas kalah 1-0 ditangan pasukan tuan rumah.

Sambil itu, ia adalah kali pertama Asyraaf yang juga Pengarah Pusat Sukan UMS berasal dari Tawau dipikulkan tugas selaku ketua jurulatih skuad bola sepak wanita negara ke Sukan Sea pada tahun ini.

 ??  ?? MOHD ASYRAAF
MOHD ASYRAAF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia