Utusan Borneo (Sabah)

Radin pertahan kerusi DUN Melalap

Pemuda PBS lulus usul

- Oleh JOHAN AZIZ

TENOM: Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Melalap sebulat suara meluluskan usul Ketua Bahagian, Datuk Seri Panglima Radin Malleh bertanding mempertaha­nkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap pada pilihan raya umum ke 14 (PRU14).

Keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Agung Pergerakan PBS Melalap kali ke 32 baru-baru ini di dewan terbuka kediaman Radin (Kg Makakumpai).

Radin adalah penyandang kawasan Melalap yang dimenangi pada pilihan raya umum ke 13, juga merupakan Naib Presiden PBS dan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar.

Ketua Pergerakan Pemuda PBS Melalap Martin Johanis meminta ahli-ahli pergerakan itu terus berdiri teguh memberikan sokongan penuh tanpa berbelah bahagi kepada kepimpinan Radin terutama dalam pilihan raya akan datang.

Beliau yang juga Pengerusi Penganjur Mesyuarat Agung Tahunan PBS Bahagian Melalap meminta ahli-ahli pergerakan itu sentiasa bersiap sedia menjadi tonggak barisan hadapan dalam mempertaha­nkan kepimpinan wakil rakyat Melalap.

Setiausaha Exco Pergerakan Pemuda PBS Pusat itu turut memuji semangat tinggi yang ditunjukka­n oleh para perwakilan dan pemerhati yang hadir beramai-ramai menzahirka­n sokongan kepada Radin dalam mesyuarat agung tahunan kali ini.

Mesyuarat itu telah dipengerus­ikan oleh Naib Ketua Pemuda Exco Pergerakan Pemuda PBS negeri, Ambrose James, dihadiri barisan pemimpin pergerakan Pemuda PBS Melalap, para perwakilan dan pemerhati dari 70 cawangan PBS.

Mesyuarat Agung Tahunan PBS Bahagian Melalap yang dibuat serentak dengan pergerakan Pemuda dan Wanita telah dirasmikan oleh Presiden PBS, juga Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Antara yang hadir ialah Setiausaha Agung PBS Datuk Johnny Mositun, Ketua Exco Pergerakan Pemuda PBS Pusat Datuk Jake Jukilin Nointin, Ketua Penerangan PBS Datuk Jahid Jahim dan ahli-ahli majlis tertinggi PBS.

“Ketua Pergerakan Pemuda PBS Melalap Martin Johanis meminta ahli-ahli pergerakan itu terus berdiri teguh memberikan sokongan penuh tanpa berbelah bahagi kepada kepimpinan Radin terutama dalam pilihan raya akan datang.

 ??  ?? MARTIN menyampaik­an cendera kenangan kepada Ambrose selepas mesyuarat itu.
MARTIN menyampaik­an cendera kenangan kepada Ambrose selepas mesyuarat itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN perwakilan Pemuda yang menghadiri mesyuarat itu.
SEBAHAGIAN perwakilan Pemuda yang menghadiri mesyuarat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia