Utusan Borneo (Sabah)

Pesta Ria SM St. Patrick Tawau hari ini

-

KOTA KINABALU: Orang ramai sekitar Tawau dipelawa untuk menghadiri Pesta Ria Sekolah Menengah (SM) St. Patrick Tawau hari ini.

Pesta Ria yang akan bermula jam 8 pagi hingga 4 petang itu adalah sempena Ulang Tahun ke 100 sekolah berkenaan.

Pengetua SM St. Patrick Lee Ken Voon berharap agar orang ramai akan datang beramairam­ai bagi memeriahka­n acara yang julung kali diadakan.

“Pihak sekolah berharap agar penduduk Tawau akan meluangkan masa mereka sekaligus menunjukka­n sokongan berterusan.

“Sekolah ini telah wujud sejak sekian lama, dan orang ramai telah menyaksika­n perkembang­an sekolah menjadi sebuah sekolah yang menakjubka­n,” katanya.

Katanya, program itu akan berlangsun­g di perkaranga­n sekolah berkenaan.

“Satu abad adalah perjalanan yang amat panjang. Sekolah ini bernasib baik kerana mendapat sokongan penuh dan kuat dari lembaga dan alumni sekolah,” tambah Lee lagi.

Katanya, selama bertahunta­hun sekolah itu telah berjaya melalui pelbagai halangan besar sehingga menjadi sebuah sekolah yang menonjol menerusi kepimpinan para pengetua masa lalu dan kini.

Beliau memberi contoh, bagaimana bekas pengetua Tung Yow Choi yang berkhidmat dari tahun 2004 hingga 2016 telah berjaya menubuhkan kelas tingkatan enam.

“Di bawah bimbingan dan kepimpinan yang cemerlang, sekolah itu telah melonjak dan menerima banyak penghargaa­n daripada Jabatan Pelajaran Sabah,” tegasnya.

Aktiviti-aktiviti seperti permainan, pelbagai pertanding­an, jogathon dan jualan makanan telah dirancang untuk lebih memeriahka­n lagi acara berkenaan.

Antara yang akan hadir ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Mary Yap Kain Ching, bekas pengetua James Power dari Australia yang berkhidmat antara 1957 dan 1965, dan Dr.Abdul Malek Abd. Mazid daripada Mazid Tazrisa Trust.

 ??  ?? LEE (tiga dari kiri) merakamkan penghargaa­nnya kepada Dr.Abdul Malek kerana bermurah hati menaja barangan elektrik dan barangan runcit sebagai hadiah dalam Pesta Ria berkenaan.
LEE (tiga dari kiri) merakamkan penghargaa­nnya kepada Dr.Abdul Malek kerana bermurah hati menaja barangan elektrik dan barangan runcit sebagai hadiah dalam Pesta Ria berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia