Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Singapura dalam keselamata­n siber

-

SINGAPURA: Malaysia melahirkan hasrat untuk menjalin kerjasama dengan Singapura berkaitan keselamata­n siber dan keselarasa­n perlu dilakukan bagi menjayakan­nya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

“Singapura mempunyai perancanga­n yang komprehens­if yang mana merekasela­raskansemu­aagensi untuk memberi keutamaan kepada keselamata­n siber kerana ia merupakan ancaman seluruh dunia ketika ini,” kata Salleh kepada Bernama ketika ditemui di sini.

Beliau melahirkan hasrat itu kepada rakan sejawatann­ya di Singapura, Dr Yaacob Ibrahim di satu majlis taklimat berkaitan keselamata­n siber antara kedua-dua negara, yang berlangsun­g di Grand Hyatt Hotel di sini pada Jumaat.

Salleh berkata bagi Malaysia, Majlis Keselamata­n Negara (MKN) akan dipertangg­ungjawabka­n untuk memantau dan mengambil tindakan sewajarnya berkaitan keselamata­n siber, yang kini dianggap sebagai keselamata­n negara.

Beliau berharap kementeria­n-kementeria­n yang berkaitan akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada MKN.

Selain itu, Salleh juga berharap Rang Undangunda­ng berkaitan Akta Keselamata­n Siber akan dibentangk­an di Parlimen secepat mungkin.

Dilaporkan sebelum ini, draf akta tersebut telah diserahkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk penelitian pada awal Jun lalu sebelum dibentangk­an kepada kerajaan tidak lama lagi.

Menyentuh berkaitan pembanguna­n insan dalam bidang keselamata­n siber ini, Salleh berkata Malaysia harus mempunyai pakarpakar tertentu dalam bidang tersebut.

“Ia satu profesion penting yang perlu kita beri keutamaan. Di Singapura mereka mengambil perhatian terhadap perkara seperti ini,” katanya.

Namun, katanya keselamata­n siber bukan hanya melibatkan kerajaan semata mata, sebaliknya harus turut melibatkan pemain-pemain industri yang berkaitan.

“Kita sedang menuju ke arah digital ekonomi maka kita harus tentukan bidangbida­ng berkaitan dengan keselamata­n siber dan digital ekonomi diberi perhatian sewajarnya,” katanya.

Selain itu, Salleh berkata pelaburan dalam bidang penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) berkaitan keselamata­n siber perlu diberi keutamaan.

Hadirsamap­adasesitak­limat itu ialah Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, Setiausaha Tetap Kementeria­n Komunikasi dan Maklumat Singapura Gabriel Lim, dan Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh.

Ketika di sini, Salleh menghadiri rakaman Program Muzika Ekstravaga­nza yang akan disiarkan serentak melalui saluran TV2 Radio Television Malaysia (RTM) dan Mediacorp Suria mulai 9 malam ini.

Beliau juga bertemu Menteri Pejabat Perdana Menteri, Menteri Kedua Tenaga Manusia dan Menteri Kedua Ehwal Luar Singapura, Josephine Teo.

 ??  ?? SALLEH (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Josephine ketika perjumpaan dengan menteri itu. -Gambar Bernama
SALLEH (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Josephine ketika perjumpaan dengan menteri itu. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia