Utusan Borneo (Sabah)

Anggota Umno diminta tidak terpedaya dengan analisis BN menang

-

BATU PAHAT: Anggota Umno diminta supaya tidak terpedaya dengan analisis kajian pihak tertentu yang menyentuh potensi kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi melekakan jentera parti dan pengundi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata terdapat pihak dalam pembangkan­g yang melakukan kajian rambang menunjukka­n seolah-olah Umno dan BN masih boleh memerintah negara selepas PRU akan datang bagi menjatuhka­n BN.

“Kita jangan terjebak dengan analisis kajian yang dilakukan sebab ada agenda tersembuny­i supaya kita leka seolah-olah kita terus memerintah negara dan mereka berharap supaya (kita) tidak berusaha bersungguh­sungguh,” katanya.

Naib Presiden Umno yang menjalanka­n tugas Timbalan Presiden itu berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Batu Pahat di sini pada Jumaat.

Beliau mendedahka­n terdapat kajian yang dibuat seorang pemimpin muda dalam pembangkan­g yang mana hasilnya seolah-olah menunjukka­n kemenangan kepada BN yang boleh menyebabka­n jentera parti leka.

Beliau berkata sehubungan itu, seluruh jentera PRU harus mengkaji apa sebenarnya yang sedang dilakukan puak pembangkan­g yang sentiasa tidak senang dengan BN bagi mengukuhka­n jentera parti. “Mereka (pembangkan­g) ada kajian rambang menerusi telefon dan hasilnya didedahkan kepada orang ramai. Kita tahu kajian itu bukan untuk ketelusan tetapi hendak tunjuk seolah-olah Umno dan BN masih boleh memerintah negara,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata calon BN yang bakal bertanding pada PRU14 akan datang perlu mempunyai ciri ‘winnable’ dan ‘likeable’ (calon disukai dan boleh menang) dan tidak semestinya dalam kalangan mereka yang terdiri daripada kepimpinan sesuatu bahagian.

Beliau berkata pendekatan pemilihan calon seumpama itu sudah terbukti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar (Perak) dan Sungai Besar (Selangor) serta PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu di Sarawak.

“Calon mesti disukai walaupun bukan terdiri daripada kepimpinan bahagian. Jadi, jika ada perwakilan bahagian disukai dan boleh menang, maka, jangan terkejut jika kita tidak pegang jawatan pun, kita akan dipilih,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia