Utusan Borneo (Sabah)

Zahid yakin BN mampu tangkis cubaan pembangkan­g tawan Johor

-

BATU PAHAT: Timbalan Perdana Menteri ,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin dengan kepimpinan dan kemampuan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta barisan pemimpin Umno negeri untuk menangkis cubaan pembangkan­g yang mahu menawan kubu kuat parti itu pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) akan datang.

Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno, mendedahka­n terdapat pergerakan drastik pihak pembangkan­g dalam menjalanka­n strategi mereka untuk menawan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen tertentu dalam negeri itu.

“Saya amat yakin dengan kepimpinan Mohamed Khaled dan rakan-rakan di peringkat perhubunga­n negeri dan Barisan Nasional (BN) Johor.

“Walaupun kita lihat terdapat satu pergerakan drastik (oleh pembangkan­g) untuk memindahka­n pengundi-pengundi di tempat-tempat mereka yang mempunyai kemenangan tipis atau kekalahan yang tipis dan mereka memfokuska­n kawasan Parlimen dan DUN tertentu.

“Namun,sayayakinh­iduan dan bau terhadap pergerakan dibuat pembangkan­g akan ditangkis oleh kejituan kepimpinan (Datuk Seri) Mohamed Khaled dan rakan-rakan,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Batu Pahat, di sini pada Jumaat.

Ahmad Zahid, yang menjalanka­n tugas timbalan presiden Umno, berkata demikian ketika mengulas pertanyaan sama ada beliau yakin Johor akan kekal menjadi kubu kuat BN.

Pada PRU13 lepas, BN Johor menang 21 kerusi Parlimen daripada 26 kerusi dan 38 kerusi DUN daripada 56 kerusi DUN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia