Utusan Borneo (Sabah)

Rumah terbuka hari raya Rightpower Corporatio­n hari ini

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Rightpower Corporatio­n Sdn Bhd akan mengadakan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri hari ini, dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Pengurus Rightpower Corporatio­n Sdn Bhd Daerah Penampang, Victor W.T Fong berkata, pelanggan Hyundai dan orang awam dijemput menghadiri majlis itu dan akan disediakan jamuan ringan.

Di samping itu, pelawat juga akan dapat menguji pandu semua kenderaan Hyundai AD Elantra yang baharu.

“Elantra baharu ini mempunyai reka bentuk sporty dan dilengkapi dengan enjin berkuasa tinggi (2.0cc dan 1.6 turbo).

“Bagi ciri keselamata­nnya, Elantra baharu mempunyai enam beg udara, peranti pengikat kecemasan serta sistem pengesanan titik tidak kelihatan.

“Harga atas jalannya bermula dari serendah RM122,008.40,” kata Victor.

Elantra baharu akan mendapat perkhidmat­an percuma 50,000km dengan kesahan tiga tahun.

“Di samping itu, Hyundai juga akan menawarkan jaminan lima tahun atau 30,000km (yang mana lebih awal) untuk Elantra baharu.

“Perkhidmat­an bantuan jalan selama 24 jam juga kini tersedia untuk kenderaan baharu dan sedia ada Hyundai,” katanya.

Victor berkata, Hyundai kini mempunyai kempen selepas jualan, yang akan berlangsun­g sehingga 31 Julai.

“Kami akan memberikan diskaun sebanyak 20 peratus ke atas semua alat ganti tulen Hyundai, di samping diskaun 10 peratus ke atas caj pekerja kami.

“Kami juga akan memberikan pemeriksaa­n 20 mata percuma semasa kempen kami,” kata Victor.

Difahamkan, pelanggan yang membelanja­kan sehingga RM500 akan mendapat edisi terhad payung Hyundai.

Untuk maklumat lanjut, bakal pelanggan boleh menghubung­i Rightpower Corporatio­n di 088-702222 (Penampang) atau 089225611 (Sandakan).

 ??  ?? VICTOR (kiri) dengan Elantra peratus yang tersedia untuk ujian pandu hari ini di rumah terbuka hari raya Rightpower Corporatio­n.
VICTOR (kiri) dengan Elantra peratus yang tersedia untuk ujian pandu hari ini di rumah terbuka hari raya Rightpower Corporatio­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia