Utusan Borneo (Sabah)

Sasaran wujudkan ‘hospital bebas kesakitan’ di seluruh negara menjelang 2020

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarka­n untuk mewujudkan ‘hospital bebas kesakitan’ di seluruh negara pada 2020, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m.

Beliau berkata hospital berkenaan dilengkapi kemudahan infrastruk­tur berteknolo­gi canggih serta mempunyai tenaga pakar yang mencukupi bagi membolehka­n proses pemulihan pesakit lebih cepat dan mengurangk­an kesakitan pesakit.

“Setakat ini terdapat kirakira 12 buah hospital kerajaan yang telah diisytihar­kan sebagai hospital bebas kesakitan antaranya Hospital Selayang di Selangor, Hospital RajaPermai­suriBainun­diIpoh dan Hospital Putrajaya.

“Harapan kita adalah untuk memperluas­kannya ke hospital lain dan ia hanya boleh dicapai dengan mewujudkan tenaga kerja mahir yang mempunyaii­lmupengeta­huan dan menjalani proses latihan berterusan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Antarabang­sa Sakit Pediatrik ke-11, Jumaat.

Konsep ‘hospital bebas kesakitan’ menggalakk­an perkhidmat­an pembedahan secara rawatan harian di mana pesakit tidak perlu bermalam di hospital dan seterusnya mempercepa­tkan proses penyembuha­n.

Ia menggunaka­n pendekatan multidisip­lin membabitka­n kerjasama antara pakar pembedahan, pakar bius, pakar pengurusan kesakitan, paramedik, ahli fisioterap­i dan kakitangan perubatan dan kesihatan lain.

Seramai 450 delegasi dari 43 buah negara menghadiri persidanga­n itu yang berlangsun­g selama tiga hari bermula Khamis di ibu negara, termasuk pakar sakit kanak-kanak, doktor dan penyelidik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia