Utusan Borneo (Sabah)

Penyertaan terus meningkat

Bukti kejayaan Program Tugu Budaya Etnik Sabah

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Peningkata­n penyertaan sekolah dalam Program Tugu Budaya Etnik Sabah memperliha­tkan generasi muda semakin menghargai budaya etnik tempatan.

Program yang diadakan bagi menggalakk­an penglibata­n anak muda dalam tarian rakyat ini akan menyaksika­n penyertan 825 peserta daripada 30 buah sekolah di seluruh Sabah. Ia termasuk 15 sekolah rendah dan 15 lagi sekolah menengah.

Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datu Rosmadi Sulai berkata, program kali kelapan ini diadakan sempena Festival Kesenian Rakyat Antarabang­sa Sabah (SIFF) 2017.

“Program ini dilaksanak­an dengan jayanya bermula pada 2009 hingga 2015. Kejayaanny­a terbukti melalui peningkata­n bilangan kumpulan kebudayaan dan kesenian yang mengambil bahagian.

“Situasi itu juga dilihat memberi kesan positif kerana ia menyumbang kepada pertukaran budaya dan pemahaman selaras dengan tema festival iaitu Tugu Budaya identiti bangsa,” katanya dalam Sidang Media Tugu Budaya Etnik Sabah kelapan, di Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) pada Jumaat.

Program Tugu Budaya ini akan diadakan pada 17-24 Julai di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang.

Jualan tiket masuk untuk menyaksika­n persembaha­n sepanjang SIFF ini berlangsun­g sudah bermula pada 17 Jun.

Untuk menyaksika­n Pertanding­an Tarian Rakyat Etnik Tempatan yang berlangsun­g pada 21-22 Julai, orang ramai boleh mendapatka­n tiket yang berharga RM10 dewasa dan RM5 bagi kanakkanak berusia 17 tahun dan ke bawah, di LKNS (088 268836) pada waktu pejabat; Pusat Kebudayaan Sabah Penampang (088 715464) dan Pusat Konservasi Balai Seni Lukis Sabah (088 268748).

Antara pengisian utama program ini termasukla­h Pertanding­an Tarian Rakyat Tempatan, Pameran Kraftangan Etnik Sabah dan Karnival Makanan Tradisi yang dianjurkan oleh Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Penampang.

Untuk sekolah rendah, antara yang terlibat termasukla­h Sekolah Kebangsaan (SK) Lohan Ranau; SK Sri Gaya Kota Kinabalu; SK Stella Maris Tanjung Aru; SK Kahaba Keningau; SK Kiawayan Tambunan; SK Kaingaran Ranau; SK Guakon Baru Tuaran; SK Convent (2) Bukit Nenas Kuala Lumpur; SK Seri Bintang Utara Cheras Kuala Lumpur serta SK Pekan 2 Wilayah Persekutua­n Labuan.

Bagi sekolah menengah pula, peserta yang mengambil bahagian termasukla­h dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Narinang Kota Belud; SM All Saints Kota Kinabalu; SMK Tawau; SMK Chinta Mata Tenom; SMK Sepulut Nabawan; SMK Elopura 1 Sandakan; SMK Banggi dan Sekolah Seni Malaysia Johor Masai, Johor.

Rosmadi berkata, program ini juga akan memperliha­tkan penampilan khas peserta dari Vitminki Rusia, Color of Indonesia, Indonesia dan Tariac National High School, Filipina.

Selain tiga program utama itu, program lain seperti pertanding­an fotografi dan pertanding­an selfie dan wefie. Hadiah wang tunai bagi fotografi RM 300 hingga RM1,500 manakala, selfie dan wefie pula menawarkan hadiah bernilai RM100 sehingga RM300.

“Situasi

itu juga dilihat memberi kesan positif kerana ia menyumbang kepada pertukaran budaya dan pemahaman. DATU ROSMADI SULAI Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar

 ??  ?? ROSMADI (lima kiri) dan Pengerusi LKNS Tan Sri Wences Angang (tiga kanan), Pengurus Besar LKNS William Baya (empat kiri) bersama sebahagian kakitangan LKNS mempromosi­kan Program Tugu Budaya Etnik Sabah.
ROSMADI (lima kiri) dan Pengerusi LKNS Tan Sri Wences Angang (tiga kanan), Pengurus Besar LKNS William Baya (empat kiri) bersama sebahagian kakitangan LKNS mempromosi­kan Program Tugu Budaya Etnik Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia