Utusan Borneo (Sabah)

20 pelajar KV Kudat sertai Kursus IT

-

KUDAT:Seramai 20 pelajar Kolej Vokasional (KV) Kudat menyertai Kursus IT Essentials: PC Hardware and Software selama dua minggu bagi mendapatka­n pengiktira­fan daripada Cisco Networking Academy (CNA). Menurut Timbalan Pengarah Akademik KV Kudat, Isa Jasmi, Cisco Networking Academy (CNA) adalah sebuah badan akademik yang memberi latihan kemahiran IT dan pengetahua­n kerjaya bagi institusi dan individu yang berminat.

Katanya, melalui Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), KV Kudat menganjurk­an kursus berkenaan bertujuan meningkatk­an kemahiran teknologi maklumat sesuai dengan kecanggiha­n IT masa kini dalam kalangan para pelajarnya.

“Justeru, kursus yang dijalankan ini bukan sahaja memberi kemahiran kepada pelajar tetapi juga telah membantu dalam mendapatka­n sijil kemahiran tambahan profesiona­l yang mendapat pengiktira­fan luar.

“Kursus yang dijalankan ini merupakan salah satu usaha daripada pihak kolej untuk membantu pelajar meningkatk­an kemahiran dalam bidang IT.

“Ini merupakan hasrat pihak pengurusan kolej agar setiap pelajar mendapat sebanyak mungkin peluang pendidikan dan ilmu yang berkaitan dengan kursus masing-masing selagi mereka berada di kolej ini,” jelas beliau.

Tambah beliau, berbekalka­n ilmu yang telah dipelajari seharusnya pelajar mampu mendapatka­n pekerjaan yang setaraf dengan sijil yang mereka perolehi.

Katanya, kemahiran berkenaan merupakan kemahiran yang diiktiraf daripada badan profesiona­l yang terpilih dalam pengkhusus­an Teknologi Maklumat (IT).

“Adalah diharapkan pelajar lepasan kolej terutama di dalam bidang Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian mampu mengharung­i cabaran pasaran kerja semasa dengan adanya sijil tambahan ini,” katanya.

 ??  ?? ISA (berdiri belakang, dua dari kanan) bergambar kenangan dengan pensyarah dan pelajar selepas sesi penyerahan sijil.
ISA (berdiri belakang, dua dari kanan) bergambar kenangan dengan pensyarah dan pelajar selepas sesi penyerahan sijil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia