Utusan Borneo (Sabah)

Dua peniaga memiliki keluaran tidak berdaftar didenda

-

KOTA KINABALU: Dua peniaga antaranya seorang wanita masing-masing didenda sebanyak RM5,000 atau penjara 28 hari, oleh Mahkamah Sesyen di sini keranamenj­ualpelbaga­ijenis keluaran tidak berdaftar dan bernotifik­asi.

Wong Chun Sin, 38, dan Leong Mooi Fun, 36, dikenakan hukuman itu oleh hakim Ainul Shahrin Mohamad selepas mengaku bersalah.

Mereka dengan niat bersama ada dalam milikan tujuh keluaran tidak berdaftar untuk dijual kepada orang ramai, antaranya BL sebanyak 43 kotak, Maxi-Peel tiga kotak dan Fresh Care Citrus Roll tujuh kotak.

Selain itu, mereka juga memiliki empat jenis kosmetik yang tidak bernotifik­asi, iaitu 11 kotak Collagen Plus Vit E, 17 set Yonko, 32 kotak Special UV Whitening dan enam kotak Jiaoli.

Kedua-dua kesalahan itu didapati dilakukan pada 14 Ogos tahun lalu jam 10.30 pagi di gerai Wang Chun Sin, di daerah Kota Marudu.

Setiap pertuduhan itu, mereka dikenakan denda sebanyak RM2,500 atau penjara 14 hari jika gagal bayar.

Wong dan Leong disabitkan mengikut Seksyen 12 (1) Akta Jualan Dadah 1952 yang dihukum mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda maksimum RM25,000 atau penjara sehingga tempoh tiga tahun atau dengan kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Farmasi, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ram Singh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia