Utusan Borneo (Sabah)

Ibu tunggal rayu anak dipulangka­n keluarga bekas suami

-

GEORGE TOWN: Seorang ibu tunggal yang mendakwa anak lelakinya dilarikan keluarga bekas suami sejak hampir seminggu lepas, merayu agar kanak-kanak itu dipulangka­n segera kepadanya kerana khuatir kemungkina­n berlaku kejadian tidak diingini.

Balqis Nordin, 26, berkata selepas bercerai dengan bekas suami, Mahazir Ismail, 35, pada Jun tahun lepas, mahkamah telah memberikan hak penjagaan anak tunggal mereka Benyamin Rafael, 6, kepadanya.

“Keluarga bekas suami diberi hak lawatan setiap minggu bermula Jumaat pukul 8 malam hingga Ahad pukul 8 malam, namun anak saya tidak dipulangka­n sejak Ahad lepas dan laporan polis dibuat pada hari sama kerana mereka melanggar perintah mahkamah,” katanya kepada pemberita di sini, pada Jumaat.

Balqisberk­atamerekas­ekeluargay­ang tinggal di Bukit Gedung, Bayan Baru dekat sini, sangat risaukan keselamata­n anak lelakinya memandangk­an kanakkanak itu pernah dicederaka­n bekas suami yang juga seorang penagih dadah tegar.

“Anak saya pernah dicederaka­n di leher menggunaka­n pisau dan kecederaan itu disahkan doktor yang merawatnya dan laporan polis mengenainy­a juga telah dibuat pada 29 Okt tahun lepas,” katanya.

Balqis berkata beliau dan keluargany­a juga cuba mencari anaknya di rumah keluarga bekas mentuanya di Taman Lip Sin, Sungai Nibong dekat sini, namun tidak dibenarkan masuk ke rumah dan diberitahu anaknya telah dijemput bekas suami.

“Saya kemudian menghubung­i bekas suami, tapi dia menafikan telah mengambil anak kami dan memberitah­u Rafael berada bersama ibu bapanya,” katanya.

Pemiliksal­onkecantik­anitukemud­ian cuba mendapatka­n penjelasan daripada bekas bapa mentuanya dan kecewa apabila setiap persoalan tidak dijawab dan buntu memikirkan keselamata­n anaknya.

Sementara itu, bekas bapa mentua Balqis yang dikenali sebagai Ismail ketika dihubungi menafikan dakwaan dia telah melarikan cucunya dan enggan mengulas lanjut pertanyaan wartawan.Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? BALQIS dan bapa saudara Abdul Hamid Mydin, 59 menunjukka­n gambar dan laporan polis berhubung kehilangan anak Benyamin Rafael Mahazir, enam yang didakwa dilarikan bekas bapa mertua dan bekas suaminya pada 2 Julai lalu ketika sidang akhbar di Bukit...
-Gambar Bernama BALQIS dan bapa saudara Abdul Hamid Mydin, 59 menunjukka­n gambar dan laporan polis berhubung kehilangan anak Benyamin Rafael Mahazir, enam yang didakwa dilarikan bekas bapa mertua dan bekas suaminya pada 2 Julai lalu ketika sidang akhbar di Bukit...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia