Utusan Borneo (Sabah)

Tukang jahit warga Indonesia didakwa tiga pertuduhan berkaitan Daesh

-

SLIM RIVER: Seorang tukang jahit warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tiga pertuduhan iaitu menyokong, menggalakk­an aktiviti dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh, antara bulan Mei hingga Jun lalu.

Bagaimanap­un, tiada sebarang pengakuan direkodkan­daripadate­rtuduh, Rino Kaswara Kasmar, 34, setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Bagi pertuduhan pertama, Rino Kaswara didakwa dengan pengetahua­n telah memberi sokongan kepada kumpulan Daesh dengan menggunaka­n aplikasi media sosial Telegram “AnsharulKh­ilaafah Filibiin Indonesia-Filipina” yang diwujudkan oleh tertuduh sendiri di Medan Niaga, Jalan Pasar Slim River di sini 2 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniatkan untuk melakukan kesalahan itu.

Pertuduhan kedua, dia didakwa menggalakk­an keahlian dalam kumpulan pengganas Mujahideen Indonesia Timur (MIT) dan kumpulan Daesh melalui kumpulan Telegram atas nama Rijal Mujahideen Minangkaba­u di lokasi yang sama antara 2 Mei hingga 12 Jun lalu.

Pertuduhan itu dikemukaka­n mengikut Seksyen 120G(B) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 30 tahun serta boleh dikenakan denda.

Pertuduhan ketiga pula, Rino Kaswara dituduh memiliki telefon bimbit jenis Lenovo yang didalamnya mengandung­i unsur-unsur perbuatan keganasan dan berkaitan kumpulan Daesh di Bazar Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM), Jalan Pasar, Slim River di sini, 12 Jun lalu dan dituduh di bawah Seksyen 130JB(1)(a) Kanun yang sama membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan juga denda serta boleh dilucutkan hak terhadap mana-mana bahan berkaitan.

Timbalan Pendakwa Raya Syalia Ain Zainuddin menjalanka­n pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Intan Nurul Farena menetapkan 7 Ogos ini untuk sebutan semula sementara menunggu izin memindahka­n kes itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.-

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia