Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu lori didakwa atas lima pertuduhan

-

SEREMBAN:Seorang lelaki yang cuba melepaskan diri daripada ditahan penguatkua­sa Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) sehingga menyebabka­n kemalangan melibatkan enam kenderaan di Nilai Isnin lalu, dituduh di Mahkamah Majistret Khas Trafik di sini, pada Jumaat.

Mohamad Insani Abdul Ghani, 32, yang juga pemandu lori, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan tersebut, iaitu memandu secara berbahaya serta empat kesalahan trafik lain.

Kesemua pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Majistret Marlissa Fahmy.

Tertuduh didakwa memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) secara berbahaya kepada orang ramai di simpang tiga Jalan Permata 2, Nilai 3 antara 5.15 petang dan 6 petang, Isnin lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali mengemukak­an pendakwaan memandu secara berbahaya mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM15,000, jika sabit kesalahan. Tertuduh juga didakwa menggunaka­n kenderaan tidak didaftarka­n, mempamerka­n nombor pendaftara­n bukan kepunyaan kenderaan itu, memandu tanpa lesen kenderaan motor serta tanpa dilindungi polisi insurans pada 5.25 petang di lokasi dan tarikh yang sama.

Bagi kesemua empat kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 7(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 serta Seksyen 108(3)(f), Seksyen 23(1) dan Seksyen 90(2) akta sama.

Jika sabit setiap kesalahan, denda RM1,000 dan maksimum RM20,000 atau dipenjara tiga bulan sehingga maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 bagi semua pertuduhan, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah mengurangk­an wang jaminan tersebut.

Majistret Marlissa kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin, dan menetapkan 3 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kesemua pertuduhan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia