Utusan Borneo (Sabah)

IPD Beaufort rampas 42.04 gram syabu

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

BEAUFORT: Anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort berjaya merampas 42.04 gram syabu yang bernilai RM4,300 dalam tiga serbuan berasingan di sini.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superinten­dan Azmir Abd Razak berkata, empat suspek warga tempatan berumur 25 hingga 41 tahun turut ditahan dalam operasi dua hari berturut-turut.

“Operasi pertama jam 6.30 petang di sebuah premis yang menjalanka­n kegiatan dadah berjaya merampas 5.31 gram syabu bernilai RM600 dan menahan dua suspek.

“Tindakan pantas anggota polis membuat pemeriksaa­n di kawasan sama pada jam 7 malam berjaya menahan seorang lagi suspek yang cuba melarikan diri bersama 26 paket lutsinar berisi 30.28 gram syabu bernilai RM3,000,” katanya.

Azmir berkata, hasil maklumat orang awam, seorang lagi suspek ditahan di Kampung Pilajau dan pihak polis merampas 6.45 gram syabu bernilai RM700 serta buku nota yang mencatat transaksi dadah.

Katanya, wang tunai RM3,029 dan peralatan untuk menghisap syabu turut dirampas dan dibawa ke IPD Beaufort untuk tindakan selanjutny­a.

“Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 39A (1) dan 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat penyalahgu­naan dadah di daerah berkenaan agar memaklumka­n pihak polis untuk tindakan pencegahan.

 ??  ?? KESEMUA dadah yang dirampas polis dalam tiga serbuan berasingan.
KESEMUA dadah yang dirampas polis dalam tiga serbuan berasingan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia