Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sedia kemudahan desa

Peruntukan RM400,000 baiki kemudahan asas Kg Tetabuan

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Penyaluran peruntukan sebanyak RM400,000 bagi membaiki kemudahan asas di Kampung (Kg) Tetabuan membuktika­nkeperihat­inan kerajaan menangani masalah kemudahan asas luar bandar.

Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, peruntukan itu termasuk membabitka­n pembinaanj­ambatan,bantuan peralatan kepada nelayan kampung itu dan beberapa pembinaan kemudahan lain.

Katanya, penyaluran dana untuk pembanguna­an ini bukti keprihatin­an kerajaan untuk kesejahter­aan rakyat.

“Walaubagai­mana pun kampung ini masih memerlukan lebih banyak dana pembanguna­n untuk baik pulih kemudahan asas, pembinaan rumah di bawah program bantuan rumah, kemudahan elektrik 24 jam dan peralatan untuk meningkatk­an sosio ekonomi penduduk.

“Turut diperlukan adalah penambahan bekalan air bersih dan perkhidmat­an kesihatan,” katanya pada Majlis Bersama Rakyat di Kg. Tetabuan, pada Jumaat.

Hadir sama, Ketua Pemuda Umno Beluran Samad Jambri.

Justeru Ronald yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat menyeru rakyat luar bandar agar terus memberi sokongan kepada kerajaan dan tidak terpengaru­h dengan hasutan politik pembangkan­g.

Beliau yakin bahawa usaha berterusan kerajaan akan merealisas­ikan hasrat penduduk luar bandar untuk menikmati kemudahan asas yang lebih sempurna.

Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan bertanggun­gjawab yang bukan sahaja menumpukan pelaksanaa­n kemudahan asas tetapi mewujudkan programpro­gram ekonomi untuk meningkatk­an pendapatan rakyat.

Katanya, program penyelaras­an harga minyak, harga barangan keperluan dan bantuan sara hidup nelayan telah memberi manfaat kepada penduduk kampung luar bandar termasuk Kg. Tetabuan.

Ronald berkata, penduduk luar bandar perlu terus merebut peluang-peluang yang diwujudkan kerajaan untuk meningkatk­an pendapatan masingmasi­ng.

“Peruntukan itu termasuk membabitka­n pembinaan jambatan, bantuan peralatan kepada nelayan kampung itu dan beberapa pembinaan kemudahan lain. ” DATUK SERI DR RONALD KIANDEE Ahli Parlimen Beluran

 ??  ?? RONALD berbual dengan seorang warga emas ketika program bersama rakyat di Kg. Tetabuan.
RONALD berbual dengan seorang warga emas ketika program bersama rakyat di Kg. Tetabuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia