Utusan Borneo (Sabah)

Komputer, motosikal, kereta dilupus selepas tidak dituntut

-

MIRI: Sejumlah 107 motosikal, 13 kereta dan 1,248 unit komputer perjudian dilupus Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dalam dua operasi pelupusan di Balai Polis Pusat (BPP) dan IPD Miri, Khamis.

Kesemua barangan yang dilupuskan ini merupakan hasil rampasan menerusi Ops Roda dan Ops Dadu dijalankan IPD berkenaan sepanjang tempoh bermula 2012 sehingga tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, dalam tempoh tersebut, sebanyak 122 kes melibatkan komputer perjudian, 107 motosikal, 13 kereta dan kesemua kes tersebut sudah diselesaik­an.

“Polis telah mempamerka­n notis kepada orang awam membuat tuntutan motosikal dan kereta tersebut, namun sehingga sekarang tidak dituntut, maka kita kategorika­n ia sebagai barangan tidak dituntut di bawah Seksyen 22 Akta Polis.

“Berikutan tempat barang rampasan amat terhad, kami telah membuat permohonan untuk proses pelupusan dan telah mendapat arahan dari Timbalan Pendakwa Raya untuk melupuskan barang kes itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media proses pelupusan kenderaan curi dan komputer perjudian di BPP Miri semalam.

Jelas Lim lagi, syarikat sisa besi sah dilantik melalui tender menjalanka­n kerja melupus motosikal dan kereta menjadi besi buruk manakala bagi komputer perjudian pula dilupus menggunaka­n jengkaut.

“Untuk komputer ada dua cara berlainan untuk melupuskan­nya, iaitu unit pemprosesa­n berpusat (CPU) kita lupus menggunaka­n jengkaut, manakala monitor komputer akan dihantar ke pusat kitar semula untuk dilupuskan mengikut prosedur khas.

“Ini bagi mematuhi standard penjagaan alam sekitar yang dikeluarka­n oleh Jabatan Alam Sekitar agar gas yang terkandung pada monitor komputer tidak terlepas ke udara dan mencemarka­n persekitar­an,” jelas.

Lim berkata, kesemua hasil pendapatan yang diperolehi melalui pelupusan motosikal dan kereta ini, RM50 pertama dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Polis dan selebihnya akan diserahkan kepada Jabatan Perbendaha­raan Malaysia.

Menurut beliau, pemantauan berterusan akan dilakukan pihaknya bagi memastikan sindiket perjudian itu dapat dibanteras sehingga ke akar umbi.

 ??  ?? LIM (dua kiri) memeriksa proses melupuskan CPU komputer perjudian menggunaka­n jengkaut.
LIM (dua kiri) memeriksa proses melupuskan CPU komputer perjudian menggunaka­n jengkaut.
 ??  ?? SALAH sebuah kereta curi bakal dilupus diangkat naik ke lori dibawa ke pusat pelupusan.
SALAH sebuah kereta curi bakal dilupus diangkat naik ke lori dibawa ke pusat pelupusan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia