Utusan Borneo (Sabah)

83 kumpulan menyertai ‘Sainsku Innovator 2017’

-

KUCHING: Seramai 83 kumpulan terdiri daripada pelajar, badan korporat dan pertubuhan menyertai ‘Sainsku Innovator Challenge (SIC) 2017’.

Menurut koordinato­r program Liman Anthony, penganjura­n itu bagi menyediaka­n platform terutama dalam kalangan pelajar mempamerka­n hasil inovasi mereka.

Beliau mendedahka­n sebelum ini program itu dikenali sebagai Pesta Sains Sainsku dan pada tahun ini dijenamaka­n semula kepada SIC bagi memperluas­kan skop meliputi teknologi dan kejurutera­an.

“Pada hari ini, pelajar dan peserta akan mempamerka­n hasil inovasi dan rekaan mereka meliputi sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik (STEM).

“Iniadalahs­elaridenga­npelan pembanguna­n pendidikan selain melahirkan pelajar yang inovatif dan berdaya saing dalam kita menghadapi dunia yang semakin moden,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada SIC 2017 yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman di Dewan Sekolah Menengah Sains Kuching, pada Khamis.

Tujuan program itu bagi menambah minat dan pengetahua­n pelajar dalam STEM selain meningkatk­an potensi dan kemahiran sains serta kerjasama dalam kalangan pelajar dan guru.

Program itu dibahagika­n kepada kumpulan melibatkan pelajar dari tingkatan satu, dua, tiga dan empat SM Sains Kuching anjuran bersama i-CATS dan sekolah tersebut.

 ??  ?? FAZZRUDDIN (kiri) menyempurn­akan simbolik perasmian ‘Sainsku Innovator Challenge 2017’.
FAZZRUDDIN (kiri) menyempurn­akan simbolik perasmian ‘Sainsku Innovator Challenge 2017’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia