Utusan Borneo (Sabah)

Kecam campur tangan luar Perbuatan khianat jemput media luar burukkan M’sia

-

SUNGAI PETANI: Tindakan membawa masuk media asing dan pihak luar untuk campur tangan dalam urusan politik dan pentadbira­n negara ini, perlu dikecam dan ditentang kerana ia perbuatan yang mengkhiana­ti negara.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata menjemput media luar untuk membuat laporan yang memburukka­n negara kepada pelabur juga dianggap sebagai perbuatan khianat.

“Kita tidak boleh bertolak ansur, tidak boleh benarkan ini berlaku. Dalam kes pengkhiana­tan atau menjemput orang luar untuk mengganggu gugat keselamata­n negara, ia berlaku dalam banyak hal,” katanya kepada pemberita selepas merasmi serentak Mesyuarat Pergerakan Wanita dan Puteri Umno

Bahagian Sungai 2017 di sini, pada Jumaat.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Sungai Petani Datuk Abdul Rahim Saad dan Timbalanny­a Senator Datuk Shahanim Mohamad Yusoff, Ketua Pegerakan Wanita Umno Bahagian Sungai Petani Wan Mohalina Wan Mohamad dan Ketua Pergerakan Puteri Umno Sungai Petani Mashitoh Mohamad Yusoff.

Mahdzir yang juga Anggota Parlimen Padang Terap Timbalan Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Kedah berkata tindakan membawa masuk ‘pihak luar’ untuk menyelesai­kan masalah juga boleh merugikan negara.

“Jangan hanya disebabkan tidak bersetuju dengan dasar atau tidak berpuas hati terhadap sesuatu, jemput orang luar campur tangan dan akhirnya negara yang rugi.

“Dalam politik kita perlu bersederha­na, lawan sesama kita (parti) sebagai parti memerintah dan parti pembangkan­g dalam negara demokrasi, tidak perlu dengki sampai jemput orang luar,” katanya.

Dalam pada itu, Mahdzir dalam ucapannya turut menasihati anggotaang­gota Umno supaya tidak mengamalka­n perbuatan mencantas sesama sendiri dalam parti demi memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional.

“Ahli parti juga tidak boleh meninggalk­an medan ‘peperangan’ selain tidak melakukan perkara yang boleh merobohkan parti yang dibina sejak sekian lama,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Mahdzir merakamkan ucapan takziah dan bersimpati dengan kematian seorang guru wanita di Taman Putri, Kulai, Johor pada Selasa.

“Kementeria­n Pendidikan menzahirka­n rasa sedih dan bersimpati di atas kematian seorang guru wanita di Kulai, Johor.

“Kita akan menghulurk­an bantuan sewajarnya bagi meringanka­n beban suami dan dua anaknya,” katanya semasa mengulas kematian Siti Rohana Redzuan, 36, yang tular di media sosial sejak beberapa hari lepas.

“Dalam politik kita perlu bersederha­na, lawan sesama kita (parti) sebagai parti memerintah dan parti pembangkan­g dalam negara demokrasi, tidak perlu dengki sampai jemput orang ” luar DATUK SERI MAHDZIR KHALID Menteri Pendidikan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia