Utusan Borneo (Sabah)

Mazlan Mansor kini Ketua Polis Selangor

-

SHAH ALAM: Bekas Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor dilantik sebagai Ketua Polis Selangor yang baharu berkuat kuasa Jumaat.

Beliau menggantik­an Datuk Seri Abdul Samah Mat yang bersara wajib selepas berkhidmat selama 41 tahun dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Majlis serah terima tugas di antara Abdul Samah dan Mazlan berlangsun­g di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini dengan disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Ketika ditemui pemberita kemudian, Mazlan berkata beliau akan meneruskan agenda dan dasar yang dilaksanak­an Abdul Samah sebelum ini.

“Saya juga berharap dapat mengekalka­n legasi kepimpinan cemerlang Datuk Seri Abdul Samah sepanjang mengepalai kontinjenS­elangorini­terutamany­a dalam menjaga keselamata­n dan ketenteram­an awam di negeri ini.

“Oleh itu, saya memerlukan kerjasama daripada semua pegawai kanan, anggota IPK Selangor serta ketua-ketua polis daerah supaya mereka dapat memainkan peranan masing-masing dalam meneruskan segala yang dirancang sebelum in,” katanya.

Selain itu, beliau akan memberi perhatian kepada tiga agenda utama yang telah digariskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan PDRM sepanjang mengetuai kontinjen itu.

Mazlan berkata tiga agenda itu ialah mengekang dan mengawal kadar jenayah, memperkuku­hkan sistem penyampaia­n perkhidmat­an polis serta memperkasa­kan integriti dalam kalangan pegawai dan anggota polis negeri itu.

“Dalam mengawal dan mengekang jenayah, kita tidak hanya bertumpu kepada jenayah umum (seperti samun dan curi) tetapi juga jenayah berkaitan narkotik dan ancaman dari media sosial.

“Begitu juga dengan sistem penyampaia­n, kita mahu berikan perkhidmat­an yang cekap dan berkesan kepada masyarakat termasuk dalam penyaluran maklumat berkaitan jenayah.

“Dalam memperkasa integriti pula, kita mahu setiap pegawai dan anggota polis negeri ini mempunyai integriti yang tinggi supaya masyarakat mempunyai keyakinan terhadap pasukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia