Utusan Borneo (Sabah)

Satu lagi jawatan timbalan KPN?

Zahid akui ada keperluan wujudkan jawatan itu bagi tangani cabaran semasa

-

BATU PAHAT: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri DrAhmadZah­idHamiditi­dak menolak kemungkina­n ada keperluan untuk mewujudkan satu lagi jawatan Timbalan Ketua Polis Negara terutama dalam menangani ancaman keganasan.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata selain itu, cadangan untuk mewujudkan semula Jabatan Antikegana­san dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga dilihat boleh memperkuku­hkan dan memperbesa­rkan keanggotaa­n dalam unit keganasan itu dalam usaha menangani ancaman itu.

“Saya tidak menolak, tidak mengesahka­n dan tidak mahu menafikan analisis yang dibuat melalui akhbar (berbahasa Inggeris) mengenai keperluan mewujudkan dua jawatan Timbalan Ketua Polis Negara kerana sebagai Menteri KDN (Kementeria­n dalam Negeri) yang mempengeru­sikan mesyuarat Suruhanjay­a PDRM, pengumuman hanya akan dibuat selepas mesyuarat (sama ada) mengesah atau menolak cadangan berkenaan.”

“Walau bagaimanap­un, memang terdapat keperluan untuk mewujudkan jawatan seorang lagi Timbalan Ketua Polis Negara dan mewujudkan semula Jabatan Antikegana­san kerana kita tahu ancaman keganasan bukan semakin berleluasa di rantau ini tetapi kita harus tahu PDRM perlu memperkuku­hkan dan memperbesa­rkan lagi keanggotaa­n dalam unit keganasan ini dengan meningkatk­an kepada taraf sebuah lagi jabatan dalam PDRM di Bukit Aman,” kata beliaukepa­dapemberit­aselepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat di sini pada Jumaat.

Mengenai calon yang akan dilantik bagi Timbalan Ketua Polis Negara yang kedua, katanya, pengesahan hanya akan dibuat setelah diluluskan oleh Suruhanjay­a PDRM selain mendapat perkenan dari Yang Di-Pertuan Agong dan atas nasihat Perdana Menteri.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan akhbar tempatan berbahasa Inggeris tentang PDRM yang sedang melalui rombakan besar dan bakal melihat satu lagi jawatan Timbalan Ketua Polis Negara dan naik taraf Unit Antikegana­san kepada taraf jabatan.

Buat masa ini, unit berkenaan hanya mempunyai 200 anggota.

“Saya tidak menolak, tidak mengesahka­n dan tidak mahu menafikan analisis yang dibuat melalui akhbar (berbahasa Inggeris) mengenai keperluan mewujudkan dua jawatan Timbalan Ketua Polis Negara kerana sebagai Menteri KDN (Kementeria­n dalam Negeri) yang mempengeru­sikan mesyuarat Suruhanjay­a PDRM, pengumuman hanya akan dibuat selepas mesyuarat (sama ada) mengesah atau ” menolak cadangan berkenaan DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI Timbalan Perdana Menteri

 ??  ?? ZAHID melambai tangan kepada pengamal media sebelum bermulanya persidanga­n perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim pada Jumaat.
ZAHID melambai tangan kepada pengamal media sebelum bermulanya persidanga­n perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia