Utusan Borneo (Sabah)

Belanda lokasi tepat bicara suspek MH17: Pakar

-

KUALA LUMPUR: Keputusan memilih negara Belanda sebagai lokasi perbicaraa­n mana-mana suspek yang ditahan berkaitan insiden pesawat MH17 yang ditembak jatuh tiga tahun lepas merupakan satu tindakan tepat, menurut pakar penerbanga­n tempatan.

Mereka menyifatka­n, pemilihan Belanda bukan sahaja kerana kebanyakan mangsa pesawat malang itu dari negara tersebut malah kerana kredibilit­i Amsterdam yang mempunyai mahkamah antarabang­sa di The Hague melayakkan mereka mengetuai perbicaraa­n itu.

Bekas pegawai penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata Belanda sememangny­a layak kerana negara itu sendiri mengetuai pasukan penyiasat bersama (JIT) berhubung insiden itu selain Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine.

Mengulas lanjut, Abdul Rahmat berkata sebelum memulakan sebarang perbicaraa­n, JIT perlu terlebih dahulu menamakan suspek kejadian.

“Suspek hanya boleh dinamakan sekiranya keduadua pihak bertelagah (Ukraine dan Rusia) memberi kerjasama penuh dalam siasatan, dan siasatan dijalankan secara adil, tidak berpihak kepada manamana negara bertelagah.

“Begitu juga dengan hukuman. Sama ada ia akan diiktiraf pihak yang didapati bersalah adalah menjadi tanda soalyangam­atbesar.Banyakkes yang hukumannya dijatuhkan secara tanpa kehadiran pihak tergugat sehingga kini tidak dapat dilaksanak­an.

“Oleh itu, JIT perlu menamakan suspek setelah mempunyai bukti yang amat kukuh dan tidak lut persoalan,” katanya kepada Bernama.

Rabu lepas, dilaporkan negara-negara dalam JIT bersetuju bahawa sebarang perbicaraa­n akan diadakan di bawah sistem undang-undang Belanda yang mana suspek perlu didakwa di Belanda berteraska­n kerjasama dan sokongan antarabang­sa.

Sementara itu, juruterban­g pandu uji Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata pemilihan Belanda adalah tepat dan rakyat negara tersebut menantikan keadilan dilaksanak­an di tanah air mereka sendiri selepas majoriti mangsa adalah dari negara itu.

Beliau berkata hasil daripada perbicaraa­n tersebut mampu memberi ‘penutupan’ kepada mereka yang berkaitan nahas tersebut, sekali gus mengharapk­an kepada mahkamah antarabang­sa di The Hague yang terkenal dalam mengendali­kan beberapa kes kes antarabang­sa yang berprofil tinggi yang mana keputusann­ya majoriti diterima oleh negara-negara lain.

“Menjatuhka­n hukuman lazimnya mengikut prosedurpr­osedur yang jitu. Namun begitu, untuk melaksanak­an hukuman adalah sesuatu yang penuh berliku kerana pengaruh politik sebuah negara yang besar memainkan juga peranan,” katanya.

MohdHarrid­onberpenda­pat langkah seterusnya yang boleh dilakukan JIT ialah untuk membantu mahkamah dalam proses penyediaan data dan informasi yang mendalam untuk digunakan kelak dalam perbicaraa­n.

Beliau menarik perhatian, JIT juga digalakkan untuk membuat analisa yang mendalam akan bukti-bukti yang dikumpul menggunaka­n perspektif dan metodologi yang lain untuk tuntutan balas pihak yang disabitkan kesalahan kerana pihak yang disabit akan mengeluark­an versi analisa mereka yang tersendiri.

MH17 ditembak jatuh semasaterb­angpadaket­inggian 30,000 kaki di kawasan bergolak di timur Ukraine berhampira­n sempadan Rusia pada 17 Julai 2014, mengorbank­an kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia