Utusan Borneo (Sabah)

Johor lancar Pelan Strategik Pembanguna­n Koperasi bulan depan

-

KULAI: Kerajaan negeri akan melancarka­n Pelan Strategik Pembanguna­n Koperasi Negeri Johor yang bertujuan untuk menjamin pembanguna­n usahawan koperasi dalam negeri dan menjadikan koperasi sebagai salah satu penyumbang kepada ekonomi negeri.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani, Keusahawan­an dan Pembanguna­n Koperasi Johor, Ismail Mohamed berkata ia akan dilancarka­n pada Hari Koperasi yang bakal berlangsun­g pada 11 hingga 13 Ogos ini.

“Pelan ini akan menghimpun­kan ahli-ahli koperasi terbaik di Johor dan mereka akan saling membantu bertukar pandangan dan pendapat tentang cara terbaik meningkatk­an daya saing mereka.

“Sehingga 31 Dis tahun lepas, terdapat 1,324 koperasi berdaftar dengan jumlah anggota seramai 481,248 orang. Daripada jumlah tersebut, kita telah menyenarai­kan 50 koperasi terbaik dengan dua daripadany­a tersenarai sebagai koperasi terbaik dalam negara,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini baru-baru ini.

Katanya, dua koperasi berkenaan ialah Koperasi Pekebun Kecil Wilayah Johor Selatan (KOPRIS) dan Koperasi Pemandu Teksi Bandaraya Johor Bahru Bhd.

“KOPRIS yang beroperasi di Mersing, telah dilantik sebagai mentor dalam bidang ternakan lembu tenusu yang melibatkan beberapa koperasi negeri Johor dan luar Johor.

“Sementara itu, Koperasi Pemandu Teksi Bandaraya Johor Bahru juga dilantik sebagai mentor untuk membantu koperasi-koperasi teksi yang lain. Dua koperasi ini kita akan gerakkan program untuk membantu koperasiko­perasi lain, mengguna pakai model pengurusan yang mereka jalankan lain, sekali gus meningkatk­an daya saing koperasi lain,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ismail berkata pihaknya juga telah membincang­kan gerak kerja untuk membantu usahawan koperasi memasarkan produk dan keluaran mereka ke luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia