Utusan Borneo (Sabah)

Amaran ketiga kepada kontraktor henti tambak tanah di Kampung Melayu FRIM

-

KUALA LUMPUR: Kontraktor projek binaan Jalan 3/1 dan 6/1 di Kampung Melayu Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong di sini telah diarahkan untuk kali ketiga oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya menghentik­an semua aktiviti termasuk kerja tambakan tanah setelah ia didapati masih melakukan perbuatan itu.

Tinjauan Bernama ke tapak projek itu mendapati pintu masuk ke situ telah ditampal notis amaran daripada Jabatan Penguatkua­saan DBKL berkuat kuasa Isnin lepas dan dipasang dengan pita kuning sebagai kawasan larangan masuk.

Menurut notis itu, kontraktor terbabit diarah mengosongk­an tapak itu dengan serta merta bermula tarikh notis dikeluarka­n pada 3 Julai lepas.

“Pihak kontraktor didapati meletakkan, mendirikan struktur dan menjalanka­n aktiviti tanpa kebenaran daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur yang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 70A Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974,” menurut notis itu.

Pada April lepas, Bernama melaporkan kontraktor berkenaan telah diarah menghentik­an operasi selepas diberi notis sama pada Mac dan April lepas.

Projek itu mendapat liputan media selepas menerima aduan penduduk setempat mengenai tapak projek itu yang ditimbuni longgokan sampah sehingga menjejaska­n ketenteram­an awam. Tapak projek yang sepatutnya ditambak dengan tanah dan batu untuk menutup gaung sedalam lebih 15 meter itu, bakal membuka laluan alternatif kepada penduduk keluar masuk ke lebuh raya berhampira­n.

“Kami dah beri notis larangan berhenti kerja dan ia masih dalam siasatan, tindakan selanjutny­a kita tak boleh dedahkan lagi selagi siasatan belum selesai,” kata seorang jurucakap DBKL ketika dihubungi Bernama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia