Utusan Borneo (Sabah)

Patut sambut baik keputusan kecualikan cukai

-

KUALA TERENGGANU: Persatuan Tunas Usahawan Terengganu (Patut) menyambut baik langkah kerajaan mengecuali­kan cukai pelanconga­n kepada hotel bertaraf tiga bintang ke bawah.

Presidenny­a Amir Hakimin Che Razali berkata pengumuman itu memberi kelegaan kepada golongan sederhana dan kurang mampu yang ingin melancong di dalam negara.

“Langkah ini juga memperliha­tkan keprihatin­an kerajaan kepada suara rakyat apabila isu cukai ini mendapat maklum balas yang kurang disenangi oleh netizen tambahan kos sara hidup semakin meningkat.

“Perubahan pelaksanaa­n cukai tersebut juga dilihat penting bagi memastikan kesejahter­aan rakyat secara keseluruha­n apatah lagi kuasa membeli rakyat ketika ini tidak semewah dahulu,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis, Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumka­n pengecuali­an cukai pelanconga­n terhadap hotel tiga bintang ke bawah yang akan mula dilaksanak­an 1 Ogos depan.

Turut dikecualik­an cukai berkenaan ialah pelancong asing yang sudah membuat tempahan penginapan dengan ejen pelanconga­n di negara ini untuk tempoh hingga 31 Mac 2018.

Amir Hakimin berkata Patut yakin dengan keputusan positif daripada kerajaan ini akan dapat melonjakka­n lagi pemain industri perhotelan bertaraf tiga bintang ke bawah di Malaysia yang kebanyakan­nya bergantung kepada pelancong tempatan.

“Kebelakang­an ini juga kita melihat ramai golongan anak muda di Terengganu sudah mula menceburi industri perhotelan dan pelanconga­n yang melihat ia mampu memberikan pulangan yang lumayan.

“Walaupun cukai pelanconga­n dikenakan kepada hotel bertaraf empat bintang ke atassahaja,Patutmenja­ngkakan kerajaan dianggarka­n mampu menjana kutipan RM654.62 jutasekira­nyakadarpe­nginapan semalaman bagi keseluruha­n 11 juta bilik bertaraf empat bintang ke atas di negara ini mencapai 60 peratus,” katanya.

Beliau berkata, ia sekali gus dapat menampung perbelanja­an kerajaan terutama kos mempromosi­kan negara kepada pelancong luar dan kos promosi ini bukanlah kecil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia