Utusan Borneo (Sabah)

Bincang isu pekerja asing

SBA, MBAM adakan kunjungan hormat kepada Jabatan Imigresen Sabah

- Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Persatuan Pembina Sabah (SBA) bersama Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) akan mengadakan kunjungan hormat kepada Jabatan Imigresen Sabah seterusnya dialog membincang­kan isu-isu berkaitan pekerja asing.

Presiden SBA Lou Chi Nam

(gambar) berkata, perkara itu akan diadakan pada minggu depan memandangk­an industri pembinaan di Sabah kini berhadapan dengan cabaran besar khususnya kekurangan pekerja asing.

“Selepas tempoh yang diberikan kepada majikan terhadap program penggajian semula pekerja asing tamat baru-baru ini, data yang ada menunjukka­n hanya sedikit sahaja Pendatang Tanpa Izin (PTI) diambil bekerja.

“Laporan akhbar barubaru ini menunjukka­n hanya 162 dari kalangan mereka sahaja yang terlibat dalam program itu...jumlah ini sangat kecil dan dimanakah masalahnya?.

“Adakah industri kita kini mencapai tahap terendah sehinggaka­n para pemaju tidak mampu untuk mendapatka­n pekerja asing ini, atau yuran yang dikenakan oleh kerajaan untuk setiap pekerja asing sangat tinggi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Master Lu Ban, pada malam Khamis.

Beliau berkata, proses mendaftark­an PTI secara atas talian untuk memeriksa latar belakang mereka dikenakan yuran sebanyak RM1,200, tidak termasuk bayaran penalti, levi dan sebagainya.

Katanya, perkara itu sudah dikemukaka­n kepada kerajaan sebelum ini kerana bebanan tanggungan setiap pekerja asing adalah sangat mahal sehingga menyebabka­n para kontraktor tidak mampu untuk menggaji mereka.

“Malangnya kita sangat bergantung kepada tenaga pekerja asing memandangk­an masyarakat tempatan tidak berminat dalam bidang pembinaan.

“Sekiranyah­anyasebila­ngan kecil sahaja PTI diambil semula bekerja, apa terjadi dengan jumlah majoriti mereka yang sangat besar di Sabah,” katanya.

Menurutnya, kini pihak berkuasa mengadakan operasi, semua pekerja asing termasuk yang mempunyai permit sah melarikan diri untuk bersembuny­i.

“Bila operasi diadakan, ia menjejaska­n industri pembinaan kerana para pekerja asing hanya keluar dari bersembuny­i di antara tiga hari sehingga satu minggu.

“Kami berharap pihak berkuasa mempunyai Prosedur Standard Operasi (SOP) yang lebih baik terhadap para pekerja asing ini,” katanya.

Selain itu katanya, satu latihan dalam Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan diadakan pada 13 dan 14 Julai di Palace Hotel dan para peserta akan mendapat kad Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di penghujung program.

Katanya, pada 27 Julai juga satu seminar Informasi Permodelan Bangunan (BIM) dan Sistem Bangunan Berindustr­i (IBS) turut diadakan di Promenade Hotel.

“Saya juga ingin menyeru kerajaan untuk mengambil inisiatif menaja belia tempatan untuk mengikuti kursus dengan CIDB.

“Dalam jangka panjang, pekerja mahir tempatan ini mampu mengantika­n pekerja asing dalam industri pembinaan di Sabah,” katanya.

“Malangnya kita sangat bergantung kepada tenaga pekerja asing memandangk­an masyarakat tempatan tidak berminat dalam bidang pembinaan. Sekiranya hanya sebilangan kecil sahaja PTI diambil semula bekerja, apa terjadi dengan jumlah ” majoriti mereka yang sangat besar di Sabah. LOU CHI NAM Presiden SBA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia