Utusan Borneo (Sabah)

Parlimen Mahasiswa sumbang input TN50 dalam persidanga­n

-

KUALA LUMPUR: Persidanga­n Parlimen Mahasiswa yang akan berlangsun­g selama dua hari di bangunan Parlimen bermula 18 Julai ini akan menjadi platform bagi pelajar membahas dan menyuaraka­n pendapat mengenai aspirasi mereka terhadapTr­ansformasi Nasional 2050 (TN50).

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata seramai 212 pelajar dari 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan enam institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) akan berkongsi idea pada persidanga­n ketiga itu, termasuk usaha menaikkan tahap universiti tempatan.

“Tahun ini kita akan kumpulkan sekurangku­rangnya 50 pandangan mahasiswa mengenai TN50 di mana kita mahu tahu kehendak mereka untuk membentuk golongan muda dalam 30 tahun akan datang.

Ini pendekatan terbaru kerajaan yang lebih terbuka untuk menerima pandangan daripada pemegang kepentinga­n TN50 iaitu belia itu sendiri untuk disalurkan kepada pucuk pimpinan negara dalam membentuk hala tuju akan datang,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Induk Program Persidanga­n Parlimen Mahasiswa 2017 di ibu pejabat Mubarak di sini pada Jumaat.

Beliau berkata antara topik yang bakal diutarakan wakil pelajar semasa persidanga­n itu adalah ekonomi, pendidikan, perpaduan, kebajikan penuntut universiti, alam sekitar dan sukan.

Kata Abdul Aziz hasil input serta idea yang dilontarka­n oleh golongan mahasiswa itu akan dikumpulka­n dan diterbitka­n dalam bentuk digital selepas sebulan persidanga­n berlangsun­g, sebelum ia dibukukan dan diserahkan kepada kerajaan untuk tindakan lanjut.

Katanya 20 pelajar yang bersidang pada Parlimen Mahasiswa tahun ini juga bakal terpilih untuk menyertai program khas kepimpinan di universiti terkemuka dunia bagi meneladani perjalanan sesi Parlimen di luar negara. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia