Utusan Borneo (Sabah)

Kolej kediaman berkonsepk­an wakaf bantu ringan beban pelajar

-

PEKAN: Langkah Universiti Malaysia Pahang (UMP) membina Kolej Kediaman Mawaddah, sebuah kolej kediaman berkonsepk­an wakaf, dilihat sebagai usaha murni pihak universiti mengurangk­an beban pelajar terutama dalam kalangan anak yatim dan asnaf.

Bagi pelajar pengajian diploma tahun satu Fakulti Kejurutera­an Awam dan Sumber Alam Mohd Farhan Mat Yusof, 18, inisiatif UMP dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) itu, ibarat satu sinar bagi pelajar yang susah seperti dirinya.

“Saya anak yatim dan ibu hanya menyara kami lima beradik dengan berniaga kecilkecil­an di depan rumah kami di Gua Musang. Kematian bapa pada tahun 2010 akibat sakit buah pinggang kronik tidak mematahkan semangat saya untuk belajar.

“Sesungguhn­ya dengan adanya bantuan daripada pihak universiti dan MUIP seperti ini, pasti akan menyemarak­kan lagi semangat kami untuk belajar bersungguh-sungguh dan membantu orang lain pula pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran Pembinaan Kolej Mawaddah UMP di UMP Kampus Pekan yang disempurna­kan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sini pada Khamis.

Turut berangkat Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h.

Bagi penuntut pengajian sarjana sains di Fakulti Kejurutera­anPembuata­n,Wan Nurul Syahirah Wan Lanang, 25, penyediaan kemudahan penginapan kepada pelajar dianggap tepat pada masanya ditambah lagi dengan keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa kini.

“Ramai pelajar pandai daripada keluarga yang kurang berkemampu­an memerlukan kemudahan berkenaan untuk membantu mereka mencapai cita-cita untuk cemerlang dalam pelajaran, “katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia