Utusan Borneo (Sabah)

2,300 kereta klon disita dari 2016 hingga Julai 2017

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,300 kereta klon disita oleh Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) di seluruh negara dari 2016 sehingga Julai tahun ini, kata Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Menyifatka­n kegiatan itu masih membimbang­kan, beliau yakin Sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) yang akan dilaksanak­an di negara ini tidak lama lagi akan dapat membantu menyelesai­kan masalah berkenaan.

“Kita yakin dengan pelancaran VEP kelak dapat mengekang kegiatan ini. Bagaimanap­un, kita menasihatk­an pada masyarakat supaya berhati-hati apabila mendapat tawaran murah untuk memiliki kereta-kereta ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 2017 anjuran JPJ dan rakan niaga JPJ Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, di sini, pada Jumaat.

Abdul Aziz berkata berdasarka­n maklumat yang diperoleh daripada JPJ, kebanyakan kereta klon asing mudah didapati di Kelantan dan Johor selain jenis kenderaan yang ditawarkan sukar untuk didapati di negara ini.

Mengulas pelaksanaa­n liberalisa­si insurans kenderaan yang berkuat kuasa 1 Julai, Abdul Aziz berkata ia dapat mendidik masyarakat supaya lebih berhati-hati dan memandu dengan berhemah di jalan raya.

Beliau berkata kaedah ini mendidik pemandu untuk memastikan rekod mereka bersih dan memandu dengan lebih berhemah bagi mengelak kemalangan dan menanggung kadar insurans yang lebih tinggi.

Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanak­an langkah liberalisa­si tarif insurans motor dengan memperkena­lkan penetapan harga fleksibel untuk caj premium insurans kenderaan komprehens­if dan insurans kebakaran dan kecurian kenderaan berkuat kuasa 1 Julai, 2017.

Di bawah kaedah penetapan harga baharu itu, selain jumlah diinsurans­kan, kapasiti dan usia kenderaan beberapa aspek lain seperti keadaan dan ciri-ciri keselamata­n kenderaan dan rekod kesalahan trafik juga akan menentukan premium insurans berkenaan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia