Utusan Borneo (Sabah)

160 pelancong dari Taiwan tiba di Labuan

-

LABUAN: Seramai 160 pelancong dari Taiwan tiba di Lapangan Terbang Wilayah Persekutua­n Labuan, pada Jumaat.

Ketibaan mereka disambut Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Azhar Ahmad.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Haji Rithuan Ismail dan Pengarah Pelanconga­n Perbadanan Labuan Mahathir Abd Hamid.

Pelancong dari Taipei itu menaiki penerbanga­n komersial Malindo Air secara terus dan yang pertama dari Taiwan ke Labuan, kira-kira pukul 5.15 pagi.

Agen pelanconga­n, LMB Global (Malaysia) yang bertanggun­gjawab membawa masuk pelancong Taiwan ke Labuan berkata, mereka akan berada selama lima hari dan empat malam dengan mengikuti pelbagai program termasuk melawat Muzium Marin Chimney di Lubok Temiang, menyelam di Pulau Rusukan Besar dan menaiki parahu larai di Pulau Papan.

Selain itu, mereka juga akan membeli-belah di UTC dan Pasar Sentral Labuan, menikmati makanan tradisiona­l tempatan Kampung (Kg.) PatauPatau 1, menlawat Taman Damai Layang-Layangan dan melihat matahari terbenam di Pantai Pancur Hitam dan Pantai Batu Manikar.

Rozmanyang­jugaPenger­usi Perbadanan Labuan yakin menerusi kehadiran itu, industri pelanconga­n dan ekonomi tempatan akan berkembang pesat pada masa akan datang.

“Lebih banyak ruang dan peluang dalam industri pelanconga­n akan dinikmati komuniti perniagaan sekaligus meningkatk­an ekonomi WilayahPer­sekutuanLa­buan, “katanya.

 ??  ?? ROZMAN (tengah) bersama pelancong Taiwan yang tiba di Lapangan Terbang Labuan.
ROZMAN (tengah) bersama pelancong Taiwan yang tiba di Lapangan Terbang Labuan.
 ??  ?? ROZMAN (tengah) bersama pegawai kanan Perbadanan Labuan menyambut ketibaan pelancong Taiwan.
ROZMAN (tengah) bersama pegawai kanan Perbadanan Labuan menyambut ketibaan pelancong Taiwan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia