Utusan Borneo (Sabah)

Naik taraf Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai siap 80 peratus

-

JOHOR BAHRU: Kerja menaik taraf Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai (LTAS) yang menelan belanja kirakira RM7 juta, dijangka siap sepenuhnya pada akhir Ogos ini sejak ia mula dilaksanak­an Oktober tahun lepas.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Perdaganga­n dan Kepengguna­an Johor Datuk Tee Siew Kiong berkata kerja menaik taraf itu memberi fokus utama kepada faktor keselamata­n dan keselesaan pengguna yang semakin meningkat setiap tahun dan setakat ini, ia sudah siap 80 peratus.

“Ini bagi memenuhi keperluan peraturan untuk mengasingk­an penumpang domestik dan antarabang­sa semasa pelepasan dan ketibaan. Keadaan lapangan terbang sekarang tidak mengasingk­an penumpang penerbanga­n domestik dan antarabang­sa yang mana ia tidak menepati piawaian keselamata­n.

“Kerja naik taraf ini juga perlu bagi menampung peningkata­n pergerakan penumpang disebabkan pengenalan destinasi baharu dan penambahan kekerapan penerbanga­n sejak beberapa tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke LTAS, di sini pada Jumaat.

LTAS kini menawarkan perkhidmat­an penerbanga­n ke 11 destinasi domestik dan lima destinasi antarabang­sa dengan menerima 610 penerbanga­n setiap minggu.

Tambah Tee, prestasi jumlah pelancong juga positif pada suku kedua tahun ini dengan mencatatka­n 1.54 juta orang, peningkata­n sebanyak 9.5 peratus berbanding 1.36 juta orang pada tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata jumlah itu dijangka meningkat berikutan kemungkina­n penambahan beberapa destinasi penerbanga­n antarabang­sa yang baharu.

“Saya yakin selepas proses naik taraf, landskap industri pelanconga­n di Johor akan berada pada pencapaian positif dan saya mengalu-alukan pemain industri khususnya kepada ejen pelanconga­n untuk mentransfo­rmasikan perniagaan mereka,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia