Utusan Borneo (Sabah)

Cerminan keunikan Sabah: Hajiji

Majlis ‘Seindah Syawal Bersama Guru Kusayang’ SMK Taman Ria umpama karnival

-

TUARAN: Majlis ‘Seindah Syawal Bersama Guru Kusayang’ telah berlangsun­g dengan jayanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Ria pada Jumaat.

Acara 3-in-1 itu untuk meraikan Hari Guru 2017, Hari Raya Aidil Fitri dan Pesta Kaamatan.

Program merupakan anjuran bersama pihak pengurusan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Taman Ria dirasmikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman.

Turut hadir ialah Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Hajah Maimunah Hj Suhaibul dan Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran Tah Nia Hj. Jaman.

Mereka telah disambut oleh Pengetua SMK Taman Ria Hj Said Andong dan Yang Dipertua PIBG Nor Rasid Yusuf.

Menurut Said, majlis itu merupakan acara tahunan SMK Taman Ria demi untuk menghormat­i ketiga-tiga perayaan serentak.

Sebelum itu, Nor dalam merakamkan terima kasih kepada pengetua dan para guru SMK Taman Ria atas kepercayaa­n dan kerjasama mereka semenjak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan PIBG pada tahun ini.

Hajiji dalam ucapannya menyifatka­n perayaan serentak itu mencermink­an keunikan Sabah sejajar dengan konsep 1Malaysia di mana rakyat berbilang kaum dan agama negeri ini saling hormat-menghormat­i.

Katanya, sumbangan guru kepada masyarakat tidak ternilai dan tidak ada tolok bandingnya.

“Dari Tadika sehingga ke universiti, jasa guru yang secara tidak langsung menentukan masa depan kita,” katanya.

Pegawai Perhubunga­n Polis bagi SMK Taman Ria Insp. Andrew Lim serta Setiausaha Politik Hajiji Abdul Kassim Hj Razali juga hadir.

Selain meja makan VIP, juga terdapat beberapa gerai dan khemah yang dikendalik­an oleh para guru, ibubapa dan pelajar yang menjadikan program itu seperti suasana karnival.

Bacaan Ikrar Hari Guru telah dipimpin oleh Pengetua SMK Taman Ria Hj Said Andong.

Berbagai persembaha­n pentas juga diadakan oleh para murid dan guru termasuk dari Pendidikan Khas.

Penyampaia­n anugerah juga diadakan untuk Baju Raya Tercantik kategori guru dan murid, anugerah Khemah/ Gerai Tercantik dan anugerah Pendidikan Khas.

“Dari Tadika sehingga ke universiti, jasa guru yang secara tidak langsung menentukan masa depan kita. DATUK SERI HJ HAJIJI HJ NOOR Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ?? HAJIJI
HAJIJI
 ??  ?? (Dari kiri) SAID, Maimunah, Hajiji, Tah Nia, Nor Rasid dan Andrew memotong kek Hari Raya dan Hari Guru.
dan Maimunah (tengah) merakam gambar kenang-kenangan dengan para guru dan pelajar yang menjaga salah sebuah gerai.
(Dari kiri) SAID, Maimunah, Hajiji, Tah Nia, Nor Rasid dan Andrew memotong kek Hari Raya dan Hari Guru. dan Maimunah (tengah) merakam gambar kenang-kenangan dengan para guru dan pelajar yang menjaga salah sebuah gerai.
 ??  ?? CENDERAMAT­A untuk Hajiji daripada Said (dua, kiri) diperhatik­an (dari kanan) Nor Rasid,Tah Nia dan Maimunah.
CENDERAMAT­A untuk Hajiji daripada Said (dua, kiri) diperhatik­an (dari kanan) Nor Rasid,Tah Nia dan Maimunah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia