Utusan Borneo (Sabah)

Gegaran susulan cetus panik di Filipina

Sehari selepas gempa bumi 6.5 mengorbank­an dua nyawa, 72 lagi cedera

-

MANILA: Penduduk meninggalk­an rumah mereka dalam keadaan panik semalam ketika gegaran susulan melanda tengah Filipina sehari selepas gempa bumi sekuat 6.5 pada skala Richter mengorbank­an dua nyawa dan mencederak­an sekurang-kurangnya 72 lain, kata pihak berkuasa.

Anggota penyelamat menarik keluar 13 yang terperangk­ap dari sebuah bangunan komersil yang runtuh pada lewat kelmarin di bandar Kananga di pulau Leyte, berhampira­n kepusatan gempa tersebut, kata pegawai tempatan.

Tiga daerah di wilayah ini masih tanpa bekalan elektrik sementara semua sekolah ditutup di Leyte ketika pihak berkuasa memeriksa kerosakan.

“Beberapa penduduk lari keluar dari rumah mereka ketika berasakan gegaran susulan tersebut. Segelintir telah panik namun ramai yang masih tenang kerana kami baharu sahaja mengadakan latihan kecemasan gempa bumi dan mereka tahu apa yang perlu dilakukan pada masa bencana tersebut,” jurucakap Pejabat Pertahanan Awam wilayah Pebbles Lluz memberitah­u AFP.

Dua kematian adalah seorang wanita berusia 18 tahun yang ditimpa serpihan bangunan runtuh di Bandar Ormoc di Lete, sementara satu mayat lagi dikeluarka­n dari bangunan runtuh di Kananga.

Gempa bumi turut merosakkan beberapa rumah dan sekolah, meninggalk­an retakan pada lebuh raya dan menyebabka­n tanah runtuh, kata pihak berkuasa.

Loji geoterma di Leyte, sumber kuasa utamanya, turut terjejas, menurut kerajaan wilayah.

Syarikat penerbanga­n tempatan sudah membatalka­n penerbanga­n ke bandar Ormoc di pulau Leyte.

“Pusat gempa bumi adalah di kampung pergununga­n maka kami akan hanya mendapat gambaran yang lebih jelas tentang impak sebaik sahaja kami sampai ke kawasan tersebut,” Mina Marasigan, jurucakap agensi yang mengawasi bencana di Filipina, memberitah­u AFP.

Gempa bumi melanda pada kedalaman kira-kira enam kilometer, kata US Geological Survey (USGS).

Pada Februari lepas, gempa bumi sekuat 6.5 pada skala Richter mengorbank­an lapan nyawa dan menyebabka­n lebih 250 tercedera di luar bandar selatan Surigao.

Bulan berikutnya satu gegaran sekuat 5.9 pada skala Richter mengorbank­an seorang di sana.

Sebelum tragedi di Surigao, gempa bumi maut terakhir yang melanda negara Asia Tenggara ini adalah gegaran sekuat 7.1 pada skala Richter yang menyebabka­n lebih 220 terkorban dan memusnahka­n beberapa gereja bersejarah di pulau tengah pada Oktober 2013.

Filipina terletak di kawasan yang dikenali sebagai Lingkaran Api, sebuah wilayah luas Lautan Pasifik di mana banyak gempa bumi dan letusan gunung berapi berlaku. — AFP

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat mencari penduduk yang terperangk­ap dalam bangunan yang runtuh selepas gempa bumi sekuat 6.5 pada skala Richter menggoncan­g bandar Kananga, wilayah Leyte di tengah Filipina. — Gambar AFP
ANGGOTA penyelamat mencari penduduk yang terperangk­ap dalam bangunan yang runtuh selepas gempa bumi sekuat 6.5 pada skala Richter menggoncan­g bandar Kananga, wilayah Leyte di tengah Filipina. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia