Utusan Borneo (Sabah)

Penyelamat Jepun bergegas cari 22 hilang dalam banjir

-

ASAKURA: Anggota penyelamat bergegas mencari lebih 20 yang hilang selepas banjir besar melanda selatan Jepun pada minggu ini, meragut enam nyawa dan meninggalk­an kemusnahan besar.

Sungai deras yang berlimpaha­n dengan air dan lumpur memusnahka­n beberapa kawasan di Kyushu – pulau paling selatan di antara empat pulau utama di Jepun – selepas hujan lebat, yang merosakkan jalan dan rumah selain memusnahka­n sekolah.

Ribuan penyelamat mengharung­i lumpur tebal dan hujan untuk mencari orang yang hilang dan terkandas, dengan lebih 1,100 dipercayai terputus hubungan, lapor badan penyiaran awam NHK.

Kerajaan semalam berkata enam terbunuh manakala 22 lagi tidak dapat dikesan.

Rakaman NHK menunjukka­n penyelamat mengeluark­an mayat seorang mangsa dari sebuah rumah yang rosak selain jentera berat yang mengalih batu dan tanah untuk membersih jalan.

Beberapa pokok yang tumbang kelihatan menimpa rumah di kota Asakura dalam wilayah Fukuoka yang teruk terjejas dan menyaksika­n hujan selebat 50 sentimeter turun dalam tempoh 12 jam sehingga malam kelmarin.

Kenderaan juga kelihatan terbalik atau tertimbus dalam lumpur manakala tebingan sungai yang telah diperkukuh­kan turut dimusnahka­n oleh air deras. Trak tentera dan kenderaan penyelamat bersaing untuk ruang di jalan-jalan di bandar berkenaan.

NH K berkata pihak berkuasa tempatan menghantar helikopter untuk mengambil orang dari tempat terpencil, dan menunjukka­n rakaman usaha menyelamat­kan warga emas yang terkandas.

Ia menambah pihak berkuasa tempatan bergegas untuk memulihkan akses ke bahagian yang terputus hubungan disebabkan oleh tanah runtuh dan banjir.

Di kota Hita berdekatan dalam daerah Oita, Masayoshi Arakawa berkata dia pernah mengalami hujan lebat pada masa lalu tetapi hujan pada tahun ini tidak dijangkaka­n.

“Beberapa tahun lalu, saya tidak ada masalah, jadi saya fikir keadaan akan seperti itu lagi lalu saya memutuskan untuk bermalam di rumah saya semalam,” katanya kepada AFP lewat kelmarin di sebuah pusat pemindahan.

“Tetapi apabila saya keluar untuk melihat keadaan di luar, saya menjadi takut.”

Jurucakap utama kerajaan, Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga, memberitah­u satu sidang akhbar kira-kira 12,000 anggota polis, tentera, bomba dan pengawal pantai menyertai operasi menyelamat.

Sehingga kelmarin mereka sudah mengeluark­an 522, dan 15 lagi semalam.

“Hujan lebat diramal terus turun sekejap-sekejap,” kata Suga dan pada waktu yang sama meminta semua terus berwaspada.

“Saya mahu orang dalam zon bencana untuk memberi sepenuh perhatian kepada maklumat perpindaha­n.”

Di Hita, Katsuko Noda juga adalah di antara mereka yang terpaksa meninggalk­an kediamanny­a.

“Seorang jiran datang untuk melihat saya dan memberitah­u saya kejadian tanah runtuh telah berlaku dan air mungkin akan sampai kepada kami, lalu saya mengambil beg saya tanpa berlengah lagi dan saya datang ke sini untuk mencari perlindung­an,” kata Noda kepada AFP di pusat evakuasi.

Amaran hujan lebat dan tanah runtuh masih berkuatkua­sa semalam. Agensi Meteorolog­i Jepun berkata ia menjangkak­an hujan selebat 25 sentimeter dalam tempoh 24 jam sehingga pagi ini (Sabtu).

“Disebabkan oleh hujan lebat berterusan, kawasan itu menyaksika­n risiko tanah runtuh yang semakin serius,” kata agensi cuaca itu, dan menambah beberapa kawasan di utara Kyushu mengalami hujan “luar biasa”. — AFP

 ??  ?? SEORANG anggota penyelamat berjalan di atas serpihan kayu yang dihanyutka­n hujan lebat ketika operasi mencari orang hilang berhampira­n sebuah rumah yang rosak akibat banjir besar di daerah Yamada di Asakura, wilayah Fukuoka, Jepun. — Gambar Reuters
SEORANG anggota penyelamat berjalan di atas serpihan kayu yang dihanyutka­n hujan lebat ketika operasi mencari orang hilang berhampira­n sebuah rumah yang rosak akibat banjir besar di daerah Yamada di Asakura, wilayah Fukuoka, Jepun. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia