Utusan Borneo (Sabah)

Polis Venezuela kepung penunjuk perasaan di pusat beli-belah, lepas gas pemedih mata

-

CARACAS: Polis Venezuela telah mengejar penunjuk perasaan antikeraja­an ke dalam sebuah pusat beli-belah kelmarin dan melepaskan tembakan gas pemedih mata, menyebabka­n beberapa orang tercedera dalam keganasan terbaharu di negara yang kaya dengan minyak dibelenggu dengan masalah ekonomi yang meruncing dan kemarahan akar umbi.

Keganasan melibatkan kejadian kejar-mengejar berlaku sehari selepas salah satu episod yang sangat mengejutka­n dalam tempoh tiga bulan keganasan: kumpulan prokerajaa­n, bersenjata­kan kayu telah menawan Kongres.

Ketegangan telah meragut 91 nyawa ketika aktivis pembangkan­g mempersala­hkan Presiden Nicolas Maduro bagi kejatuhan negara dalam masalah kekurangan makanan dan kekecohan ekonomi lain ditambah lagi dengan bantahan jalanan hampir setiap hari.

Kelmarin mereka cuba untuk berarak ke Mahkamah Agung yang menurut pembangkan­g telah dipenuhi oleh pengikut pro-Maduro. Namun polis melepaskan tembakan gas pemedih mata yang menyebabka­n mereka berundur dan malah mengejar sebahagian daripada penunjuk perasaan yang melarikan diri ke dalam pusat beli-belah yang besar dan menembak gas pemedih mata.

Seramai 45 di pusat belibelah, termasuk 17 kanakkanak, menerima rawatan perubatan, kata Ramon Muchacho, datuk bandar di daerah Chacao di Caracas.

“Kami datang ke sini untuk mendapatka­n aiskrim dan menonton wayang, serta melihat kekecohan ini,” kata remaja Alejandra Vargas, matanya merah akibat gas pemedih mata.

Tidak jauh dari situ, seorang wanita yang mendukung seorang bayi diiringi keluar oleh anggota bomba.

Penunjuk perasaan Rosa Rivas, 43, mengambil bahagian dalam rali bersama anak perempuann­ya berusia 15 tahun, menyatakan ketika polis memaksa orang ramai agar bersurai, sebahagian daripada mereka telah masuk ke dalam pusat beli-belah, sama ada melalui pintu utama atau sebuah garaj tempat letak kereta.

“Namun mereka mengejar kami. Orang ramai berlari menyelamat­kan nyawa mereka,” Rivas memberitah­u AFP. Seluruh pusat beli-belah – 531 kedai – kemudian dikosongka­n sebagai satu langkah berjaga-jaga.

Keganasan muncul sehari selepas kira-kira 100 penyokong kerajaan bersenjata­kan kayu dan paip menyerbu Dewan Negara yang didominasi oleh pembangkan­g. Mereka telah memukul anggota perundanga­n, mencederak­an tujuh orang, ketika polis hanya berdiri dan melihat.

Golongan pro-Maduro kemudian berkawal di luar dewan selama sembilan jalan, melemparka­n hinaan kepada penggubal undang-undang dan menghalang mereka daripada meninggalk­an premis sehingga polis akhirnya campur tangan dan memasang keliling keselamata­n untuk membolehka­n mereka keluar.

Maduromeng­ecamserang­an itu dan menjanjika­n siasatan tetapi tidak mengakui secara terbuka bahawa penceroboh adalah penyokongn­ya. Serangan itu mengundang kecaman dari Amerika Syarikat, Perancis, Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Negara-Negara Amerika. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia