Utusan Borneo (Sabah)

Virgina hukum mati lelaki ‘sakit mental’

-

WASHINGTON: Seorang lelaki yang disabitkan membunuh seorang pengawal penjara dan seorang anggota polis semasa tindakan meloloskan diri dari penjara telah menjalani hukuman mati pada malam kelmarin di Virginia di sebalik rayuan saat-saat akhir mengenai keadaan mentalnya.

William Morva, berusia 35 tahun mempunyai dwi kerakyatan AS-Hungary yang menurut aktivis hak asasi manusia dia mengalami masalah mental serupa dengan schizophre­nia, telah meninggal dunia dengan cara suntikan maut pada jam 9.15 malam waktu tempatan, menurut sistem penjara negara.

Beberapa jam sebelumnya, gabenor wilayah Terry McAuliffe telah menolak untuk memberikan kepada Morva satu penangguha­n hukuman saat-saat akhir.

McAuliffe menyatakan beliau dan pasukan perundanga­nnya telah memeriksa kes dan memutuskan bahawa “Encik Morva telah mendapat perbicaraa­n yang adil dan bahawa juri telah mendengar bukti yang dikemukaka­n mengenai kesihatan mentalnya ketika mereka bersedia untuk menghukumn­ya.”

Morva pada mulanya telah dipenjarak­an bagi cubaan rompakan bersenjata.

Namun pada 2006 dia melarikan diri dari sebuah hospital penjara Virginia, memukul seorang anggota polis dan merampas senjatanya, yang mana dia telah gunakan kemudian untuk membunuh seorang pengawal.

Dia menggunaka­n senjata yang sama untuk menembak mati seorang lagi anggota polis sehari kemudian semasa satu tindakan pemburuan berhampira­n dengan kampus universiti Virgina Tech.

Morva dijatuhkan hukuman mati pada 2008, walaupun dua ahli psikiatri telah mendiagnos dia dengan penyakit mental yang teruk.

“Petisyen Encik Morva bergantung kepada diagnosis daripada seorang ahli psikiatri yang memeriksa dia selama hampir tujuh tahun selepas perbicaraa­n dan pensabitan dia,” kata McAuliffe.

Peguam bela Morva menegaskan bahawa anak guamnya itu menderitai delusi psikologi yang menyebabka­n dia tidak mampu untuk memahami kesan akibat tindakan jenayahnya, dan pihak juri tidak diberikan gambaran yang tepat tentang keadaan mentalnya sepanjang perbicaraa­nnya. — AFP

 ??  ?? MORVA
MORVA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia