Utusan Borneo (Sabah)

Diskaun, jualan kilat pacu pembelian dalam talian

Pilihan rakyat M’sia untuk mendapatka­n nilai maksimum

-

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia merupakan golongan pengguna bijak apabilamem­beli-belahdalam talian, mereka mempunyai beberapa amalan bagi meraih keuntungan melalui diskaun dan jualan kilat apabila membuat pembelian.

Platform e-dagang, Shopee Malaysia, berkata kajian mengenai tingkah laku pengguna di seluruh negara yang dibuat pada Jun lepas, mendedahka­n bahawa diskaun dan jualan kilat menjadi pemacu utama kepada pembelian dalam talian.

Penghantar­an percuma mendapat tempat kedua diikuti dengan program ganjaran yang menawarkan harga yang lebih menarik jika pembeli berjumpa dengan harga yang lebih rendah pada platform yang lain, katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Shopee, 97 peratus daripada 7,500 peserta kajian menunjukka­n bahawa mereka merancang pembelian melalui tawaran diskaun, jualan kilat dan pemberian baucar.

“Rakyat Malaysia suka diskaun dan jualan kilat, ini membuktika­n peluang bagi mendapatka­n nilai maksimum daripada pembelian dalam talian telah menjadi gaya hidup rakyat Malaysia.

“Ramai pengguna akan log masuk beberapa kali sehari untuk melihat tawaran yang dikemas kini apabila mereka merancang sesuatu pembelian,” kata Pengarah Pengurusan Serantau Shopee Malaysia Ian Ho.

Lebih daripada 46 peratus responden juga menunjukka­n bahawa mereka akan melayari pasaran dalam talian sebanyak tiga hingga enam kali setiap hari untuk membanding­kan harga dan menyemak tawaran, manakala lebih 26 peratus memberitah­u, bahawa mereka log masuk lebih daripada enam kali sehari bagi memburu tawaran.

Ia juga mendedahka­n bahawa kebanyakan rakyat Malaysia akan berbelanja dalam talian pada waktu rehat tengah hari dan selepas makan malam.

Kajian juga mendapati bahawa para pembeli terbijak mewakili usia 18 hingga 32 tahun yang majoritiny­a terlibat aktif dalam aktiviti kempen jualan.

Wanita berusia 18 hingga 24, lebih berminat dengan fesyen, produk kesihatan dan kecantikan, manakala mereka yang berumur antara 25 dan 35 tahun lebih suka dengan produk rumah serta kehidupan, termasuk barang mainan, kanakkanak dan bayi.

Sementara itu, golongan lelaki lebih berminat ke atas peranti serta produk mudah alih, mereka mewakili 60 peratus dalam penjualan telefon pintar.

Pembeli dalam talian Malaysia memilih pakaian dan fesyen, rumah dan kehidupan, kesihatan dan kecantikan, gajet dan mudah alih serta peralatan rumah sebagai lima kategori utama mereka dalam mencari tawaran.

Ia menambah bahawa rakyat Malaysia juga adalah lebih sensitif terhadap barangbara­ng yang mahal seperti telefon bimbit dan peralatan elektrik, selepas 25 peratus daripada responden menyatakan bahawa mereka sanggup menunggu sekurang-kurangnya sebulan untuk mencari tawaran atau diskaun yang lebih baik ke atas barangan premium. — Bernama

“Ramai

pengguna akan log masuk beberapa kali sehari untuk melihat tawaran yang dikemas kini apabila mereka merancang sesuatu pembelian IAN HO Pengarah Pengurusan Serantau Shopee Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia