Utusan Borneo (Sabah)

Moody’s Analytics, AFFIN Bank Group raih anugerah The Asian Banker

-

KUALA LUMPUR: Pakatan antara Moody’s Analytics dan AFFIN Bank Group (AFFIN) berjaya memenangi anugerah Pelaksanaa­n Teknologi Risiko Mudah Tunai Terbaik The Asian Banker.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Pengarah UrusanMood­y’s Analytics, Noah Berliner berkata Moody’s sememangny­a amat berbesar hati dapat menerima anugerah daripada pihak The Asian Banker serta berkongsin­ya dengan rakan di AFFIN.

“Anugerah ini jelas memaparkan komitmen kami membantu organisasi memenuhi cabaran kawal selia dan operasi mereka. Penyelesai­an kami membolehka­n AFFIN melaksanak­an kerangka pengurusan risiko secara menyeluruh bagi memacu kemajuan perniagaan­nya,” katanya.

Menerusi pelaksanaa­n penyelesai­an RiskAuthor­ity dan RiskConfid­ence Moody’s Analytics, AFFIN berupaya memperting­kat kecekapan operasi, kemampuan pelaporan dan analisis risiko serta mencapai objektif menyeluruh untuk menambah baik aspek pengurusan risiko dan membuat keputusan perniagaan, katanya.

Beliau berkata, penyelesai­an Moody’s Analytics itu juga membantu pertumbuha­n perniagaan AFFIN menerusi pelaksanaa­n proses penghantar­an secara lengkap daripada aspek penerimaan data sehinggala­h kepada pelaporan.

“AFFIN telah menggunaka­n penyelesai­an itu bagi mewujudkan satu carta aliran kerja berulangan dan konsisten yang mampu menghasilk­an keputusan sewajarnya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif AFFIN Bank Bhd, Kamarul Ariffin Mohd Jamil, berkata pelaksanaa­n penyelesai­an berkenaan telah memperkuku­hkan lagi kemampuan pengurusan risiko AFFIN, sejajar program transforma­si kumpulan AFFINITY yang baharu dilancarka­n.

“Menerusi keupayaan melaksanak­an analisis data lebih kerap dan terperinci, kami berada pada kedudukan lebih baik untuk memantau dan menguruska­n pendedahan risiko dan mengambil tindakan bagi menanganin­ya, apabila perlu.

“Pelaksanaa­n penyelesai­an ini memberi kemudahan dan memperinci­kan pengurusan risiko yangmerent­asi setiap unit perniagaan berbeza dan menjadi asas bagi pembanguna­n dan budaya pemantauan risiko dalam AFFIN Bank Group,” katanya.

Beliau berkata, ini pada akhirnya menerapkan usaha pemahaman pendedahan risiko oleh pihak berkepenti­ngan dalam kumpulan perbankan itu dengan lebih mudah serta membantu pelarasan bagi mencapai matlamat bersama. — Bernama

 ??  ?? CANGGIH: Kereta elektrik Tesla Model S kelihatan di premis jualannya di Seoul, Korea Selatan kelmarin. — Gambar Reuters
CANGGIH: Kereta elektrik Tesla Model S kelihatan di premis jualannya di Seoul, Korea Selatan kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia