Utusan Borneo (Sabah)

Asean, India harap muktamad RCEP pada akhir tahun ini

-

NEW DELHI: Asean dan India berharap Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP) dapat dimuktamad­kan menjelang akhir tahun ini meskipun masih ada beberapa isu penting yang perlu diselesaik­an.

Perunding dari 16 negara akan berkumpul di Hyderabad, bandar di selatan India, lewat bulan ini untuk membincang­kan butiran terperinci RCEP.

“Kami berharap ia dapat dimuktamad­kan pada akhir tahun ini,” kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Thailand, Virasakdi Futrakul.

Harapan beliau itu adalah apa yang disuarakan oleh para pegawai dari Asean dan India yang menyertai forum tahunan tersebut.

Rundingan RCEP, yang bermula pada 2012, melibatkan Asean dengan 10 anggota dan rakan kongsi perdaganga­n sedia adanya, iaitu Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.

Kejayaan penubuhan perkongsia­n ini akan mewujudkan kawasan perdaganga­n bebas merangkumi 3.5 bilion penduduk di Asia Utara hingga ke India.

Meskipunpr­ospek yang optimistik,masih ada lagi keraguan sama ada negara-negara yang terlibat boleh menangani perbezaan dalam bahagian penting tertentu.

India tidak berkomprom­i dalam peraturan sektor perkhidmat­an dan mahukan lebih lagi kebebasan dalam pergerakan bagi pekerjanya, dan juga enggan menghapusk­an tarif.

Namun, Menteri Hal Ehwal Luar India, Sushma Swaraj nampaknya yakin dengan rundingan pusingan ke-19 yang akan datang.

“Kami berharap dapat mencapai hasil positif daripada pusingan rundingan seterusnya di Hyderabad.

“Sebaik sahaja dimuktamad­kan, RCEP menawarkan kemungkina­n amat besar sebagai perjanjian dagangan serantau terbesar dunia, menyumbang kira-kira 40 peratus daripada perdaganga­n dunia,” katanya.

Kedua-dua Asean danIndiame­lihat RCEP sebagai dorongan baharu dalam membangunk­an hubungan ekonomi dan politik yang lebih rapat. “Ini adalah peringkat seterusnya dalam proses penyepadua­n ekonomi kita,” kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar dan Perdaganga­n Brunei, Erywan Pehin Yusof.

Selepas pentadbira­n Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menarik diri daripada Perkongsia­n Trans-Pasifik (TPP), negaranega­ra yang menyertai perjanjian itu melihat manfaat untuk memuktamad­kan RCEP.

Pada Mei, Menteri Perdaganga­n New Zealand Todd McClay dilaporkan sebagai berkata pihakpihak yang terbabit amat berharapka­n kejayaan hasil daripada rundingan RCEP.

“Namun usaha keras perlu dilakukan untuk memastikan ia dimuktamad­kan pada akhir tahun,” katanya.

Bagaimanap­un, Bunn Nagara, Felo Kanan di Institut Kajian Strategik dan Antarabang­sa yang berpangkal­an di Kuala Lumpur memberi tahu Bernama, sukar untuk menyatakan sama ada rundingan itu boleh dimuktamad­kan tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia