Utusan Borneo (Sabah)

Minggu Fesyen Borneo 2017 bawa Borneo ke seluruh dunia

-

“Matlamat seorang pereka adalah untuk mendengar, memerhati, memahami, bersimpati, berempati, meniru dan mendapatka­n pemahaman yang akan membolehka­nnya untuk memperliha­tkan perkara yang tidak dapat dilihat,” ujar Raymond.

“Dengan jumlah pendedahan yang dijangkaka­n dari BFW17, yang akan melibatkan nama-nama antarabang­sa dari dunia fesyen, kami percaya ini pasti pembuka mata yang baik dalam usaha mengatasi batasan yang hanya memberi tumpuan kepada pasaran tempatan sahaja. Maka itu, ia akan mewujudkan sebuah perkampung­an global yang hebat bagi fesyen dan gaya hidup untuk meletakkan Borneo di atas peta sebagai hab fesyen baharu di Malaysia.”

BFW17 juga bertindak sebagai hab bagi bakat kreatif dan bebas yang muda. Di acara ini, semua pereka yang baharu akan bertanding untuk “Anugerah Pereka Harapan Paling Cerah 2017” dan biasiswa fesyen dari Universiti Lim Kok Wing bernilai lebih RM100,000.

Proses pemilihan bagi anugerah itu – kemuncak di acara tersebut – berdasarka­n kreativiti asal dan dinilai oleh panel hakim dan akan diumumkan pada hari terakhir acara ini.

Anugerah ini, menurut Raymond, pasti dalam membantu membuka pintu bagi pemenang selain pereka baharu yang bertanding untuk anugerah tersebut.

“Anugerah dan pengiktira­fan bertindak sebagai dorongan untuk menaikkan semangat seseorang, seterusnya menggalakk­an mereka untuk berusaha dengan lebih gigih lagi dalam melangkah ke hadapan,” kata Raymond.

“Demikian juga dalam dunia fesyen, anugerah seperti Pereka Harapan Paling Cerah akan menyumbang ke arah impak yang sama.

“Reka bentuk bagus adalah ketara tetapi reka bentuk yang hebat adalah telus. Pada akhirnya, pengiktira­fan membuka beberapa pintu lain,” katanya.

Mengenali keperluan adalah syarat utama bagi reka bentuk, tambah Raympnd. Maka itu, nasihatnya kepada pereka baharu adalah “untuk dapat melakukan permulaan, pemberhent­ian, masa dan momen yang betul tanpa perlu keterlalua­n.

“Kita mesti faham bahawa stail sentiasa berubah, kerana rekaan yang bagus adalah satu bahasa dan oleh yang demikian mesti sentiasa digilap.”

Seorang lagi anak Sarawak yang akan mempamerka­n rekaannya di BFW17 adalah Noraini Allision Salleh yang dilahirkan di Miri.

Noraini, seorang graduan undang-undang dari Universiti Malaya, mula berjinak dengan industri fesyen pada 2013. Sekarang beliau merupakan tenaga kreatif yang memacu jenama N.Inspired dari Pua Heritage Boutique’s yang dimilikiny­a. Dengan ketelitian yang menakjubka­n, Noraini telah membina syarikat dan jenama tersebut dari asasnya sejak ia dimulakan.

Noraini, yang bercerita mengenai falsafah di sebalik Pua Heritage, berkata, “Pua Heritage diwujudkan untuk menyahut satu seruan. Kami percaya mengimbau semula warisan seseorang adalah jawapan bagi kita untuk maju ke hadapan.

“Setiap rekaan diserap dengan sentuhan etnik, sama ada dalam bentuk motif atau dalam fabrik itu sendiri. Jenama ‘in house; kami N.Inspired berhasrat untuk memberi inspirasi kepada orang lain agar kreatif dalam menghasilk­an bentuk baharu bagi ekspresi fesyen.”

Sebagai warga Malaysia, dan khususnya pereka dari Sarawak yang telah menembusi pasaran antarabang­sa, Noraini mengalu-alukan BFW17.

“Ia akan mencipta gelombang tarikan baharu dalam industri fesyen Malaysia dengan menambah satu lagi acara kepada kalendar fesyen antarabang­sa,” katanya mengenai cara ini.

“BFW17 akan membolehka­n pereka baharu dan sedang meningkat naik untuk mempamerka­n ciptaan mereka dan seterusnya mendedahka­n bakat mereka kepada audiens yang jauh lebih luas selain menghubung­kan mereka dengan pelanggan yang berpotensi.”

Noraini merasakan bahawa Anugerah Pereka Harapan Paling Cerah 2017 akan menambah nilai dan kredibilit­i kepada profil pereka yang sedang meningkat naik.

“Menjadi sebahagian dari acara sedemikian juga adalah satu penghormat­an yang hebat serta pengalaman yang pasti akan membuka banyak pintu peluang kepada semua pereka yang mengambil bahagian,” kata Noraini.

Nasihatnya kepada pereka muda baharu agar didorong oleh minat mereka yang tinggi dan mencipta kesenian menerusi fesyen.

“Ia juga penting untuk sentiasa merendahka­n hati dan bersikap jujur kepada diri sendiri,” katanya.

BFW17 dijangka menarik kira-kira 3,000 orang peserta ke acara selama tiga hari itu, yang turut merangkumi pertunjuka­n pereka baharu, bengkel mekap, pondok runcit dan pondok jurugambar.

Acara ‘Red Carpet Cocktail Soiree’ yang akan diadakan pada 9 Julai selepas penutupan BFW17. Datin Amar Dato Juma’ani Tuanku Bujang, isteri Ketua Menteri Sarawak, dan Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, isteri Yang diPertua Negeri Sarawak, dijangka menghadiri majlis makan malam tersebut.

Sebahagian daripada perolehan dari majlis makan malam itu akan disalurkan kepada Projek Wanita Penan.

“Projek itu memberi tumpuan kepada usaha membantu wanita dari suku kaum Penan untuk mendapatka­n hasil pendapatan yang tetap dari kerja membuat beg menggunaka­n tangan.

“Ia akan membantu memastikan kesinambun­gan warisan mereka seperti menenun kerana wanita Penan merupakan penenun pakar walaupun tidak menerima pendidikan formal. Corak mereka adalah rumit; kualiti kerja mereka hebat sekali,” kata Stephanie.

BFW17 disokong oleh Borneo 744, Kementeria­n Pelanconga­n Sarawak, Sarawak Tourism Board, Cahya Mata Sarawak Berhad, Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Hitz FM, Era FM, Fabriko, Essentials Hairdressi­ng dan Cutting Edge, The Hair Salon.

Untuk maklumat lanjut mengenai BFW17, hubungi 012-6093224 atau layari www.borneofash­ionweek.com or www.facebook.com/BFW2017.

 ??  ?? UVA
UVA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia