Utusan Borneo (Sabah)

Jangan sambil lewa terhadap sesuatu penyakit

Ia boleh mendatangk­an masalah besar terhadap pesakit mahupun sesebuah kampung

-

SADONG JAYA: Penduduk kampung, pihak sekolah dan ibu bapa dinasihati tidak bersikap sambil lewa terhadap sesuatu penyakit atau masalah melibatkan anak-anak.

Perkara itu ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri yang memberitah­u, sikap tersebut boleh mendatangk­an masalah besar terhadap individu terbabit mahupun kampung berkenaan.

“Penduduk kampung, pihak sekolah, ibu bapa jangan diamkan sahaja jika ada berlaku penyakit atau masalah melibatkan anakanak, contohnya penyakit rabies atau anjing gila yang berlaku di Serian.

“Jika ada keluarga yang dikatakan tidak mampu membawa anak-anak ke hospital, jangan didiamkan sahaja, beritahu ketua kampung atau jiran mahupun Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) agar mereka dapat mencari jalan untuk mendapatka­n bantuan kewangan atau boleh juga terus berjumpa kami sebagai wakil rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri dan Ngiling Tikai Gawai Dayak di Sekolah Kebangsaan (SK) Terasi, Sadong Jaya di sini pada Khamis.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong menegaskan, tindakan awal dapat mengekang sesuatu penyakit daripada merebak atau melarat lebih teruk.

“Kita tidak mahu penyakit yang kita boleh kawal penularann­ya gagal ditangani kerana sikap kita yang mendiamkan diri dan tidak berkongsi masalah yang akhirnya penyakit yang berlaku di kawasan kecil boleh merebak sehingga ke seluruh negeri,” tegasnya.

Mengenai majlis itu, beliau memberitah­u gabungan majlis perayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak menunjukka­n keharmonia­n suasana hidup masyarakat di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau berharap amalan hidup bermuafaka­t itu dapat diteruskan dan dipertahan­kan demi keharmonia­n negeri dan negara.

“Ini budaya yang perlu kita pupuk, pertingkat dan promosikan supaya menjadi contoh dan terus dikekalkan,” ujarnya.

Pada masa sama beliau meminta pihak sekolah sentiasa memikirkan cara dan pendekatan baharu yang dapat membantu anak murid menjadi modal insan berkualiti yang berpendidi­kan tinggi agar mereka mempunyai daya ketahanan, daya saing untuk berdepan dengan apa jua cabaran pada masa depan.

“Saya sentiasa menggalakk­an guru besar serta pihak PIBG tampil menyuaraka­n keperluan mereka. Mungkin setiap sekolahmem­punyaikepe­rluan yang berbeza,” tambahnya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris, Guru Besar SK Terasi Ustaz Salleh Sabang, Yang Dipertua PIBG SK Terasi Mohd Nasil Mahmut dan Setiausaha Politik Nancy Mohd Kamaluddin Mohamed Effendie.

“Penduduk kampung, pihak sekolah, ibu bapa jangan diamkan sahaja jika ada berlaku penyakit atau masalah melibatkan anak-anak, contohnya penyakit rabies atau anjing gila yang berlaku di Serian.” DATUK SERI NANCY SHUKRI Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ?? NANCY dan Awla bersama tetamu lain menyempurn­akan upacara ‘ngiling tikai’.
NANCY dan Awla bersama tetamu lain menyempurn­akan upacara ‘ngiling tikai’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia