Utusan Borneo (Sabah)

Bahan buangan makanan, sisa makanan dilupus lebih baik, bersesuaia­n

-

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) akan memastikan pembuangan bahan buangan makanan dan sisa makanan dilupus dengan cara yang lebih baik dan bersesuaia­n

supaya tidak berlaku pengambila­n semula makanan dibuang oleh pihak tertentu yang kemudianny­a dijual semula kepada orang ramai dengan harga murah.

Penolong Pengurus Besar (Khidmat Alam Sekitar) BDA Wan Ibrahim Wan Ali mengulas kes buah epal yang didakwa telah rosak dibuang di tempat pelupusan kawasan Segan sehingga tular di laman sosial beberapa hari lalu.

Katanya, pihaknya tidak membenarka­n tindakan membuang sisa makanan di kawasan Segan, kemungkina­n berlaku tindakan perlanggar­an peraturan namun tidak menyalahka­n sesiapa.

“Kami bertanggun­gjawab terhadap hal tersebut dan pada masa depan akan mengetatka­n kemasukan orang ramai ke tapak pelupusan sampah bagi mengawal dan memastikan perkara seumpamany­a tidak berulang lagi,” ujarnya semasa bercakap kepada pemberita di Pejabat Perkhidmat­an Perbandara­n (PERBINDA) BDA di Jalan Sultan Iskandar di sini pada Khamis.

Katanya BDA akan memasang papan tanda besar yang memaklumka­n larangan tegas kepada orang ramai agar tidak memasuki tempat pelupusan sampah dan pihak yang ingin melupus bahan buangan sisa makanan juga perlu diingatkan mengenai perkara tersebut.

Katanya, ia merupakan kawasan berdekatan kampung dan bukan tempat pelupusan sampah yang mana tindakan sebegitu boleh menimbul ketidakpua­san hati dan ketidaksel­esaan penduduk kampung.

“Perkara berkaitan pembuangan sisa makanan harus dirujuk kepada kami sebagai pihak berkuasa tempatan mengenai cara terbaik untuk melupus makanan dalam kuantiti yang banyak.

“Bukan sahaja sisa makanan malahan sisasisa pembinaan rumah dan bangunan yang perlu dirujuk kepada kami yang perlu dibuang di tapak pelupusan sampah yang betul di Kidurong dan bukan di Segan,” ujarnya.

Beliau berkata, untuk membuang sisa makanan atau sisa buangan sampah, caj harga kemasukan dan pembuangan sampah yang dikenakan oleh pengendali tapak pelupusan sampah di Kidurong tidaklah mahal berbanding apabila mereka yang ditangkap membuang sampah secara haram oleh pihak kami seterusnya dikenakan denda sehingga mencecah beberapa ratusan ringgit.

Justeru katanya, mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai caj untuk pembuangan sisa sampah boleh menghubung­i BDA dan tidak perlu bimbang mengenai harga yang dikenakan untuk pelupusan sampah di tapak tersebut kerana sekiranya bandar Bintulu kotor masyarakat sendiri yang akan rugi.

Mengulas mengenai virus rabies atau penyakit anjing gila dengan dua kematian berlaku baru-baru ini katanya, apa sahaja yang dilakukan BDA, adalah di bawah arahan Jabatan Kesihatan Bahagian yang akan mengendali tindakan susulan bagi kawalan di kawasan Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia